Perak melangkah ke separuh akhir
Baca juga:
Penyerang lincah Kelantan Nik Akif tunggu panggilan skuad B-19Kemenangan ini untuk rakyat Sabah
Tiada alasan Kelantan kendurkan serangan
Sabah ke separuh akhir selepas 11 tahun
Sabah cipta sejarah selepas 11 Tahun
Siaran langsung perlawanan Pusingan Kedua Sabah dan Kelantan Piala Malaysia 2018
PKNS 0 PERAK 2 (Perak mara dengan agregat 2-0)
Perak menyekat hajat PKNS FC apabila melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia menerusi kemenangan 2-0 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Melangkah ke pertemuan suku akhir kedua, kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang selepas aksi di Ipoh tempoh hari buntu tanpa jaringan.
Wander Luiz muncul wira The Bos Gaurus (TBG) apabila meledak gol pada setiap babak untuk menempah pertemuan dengan Sabah, minggu depan.
Pemain tengah, Norhakim Hassan, menjana gerakan yang disudahkan penyerang dari Brazil itu apabila melepaskan rembatan deras untuk mengecewakan penjaga gol, Zarif Irfan, untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-23.
Perak terus melancarkan asakan yang hampir menggandakan kedudukan di sebalik permainan keras tuan rumah.
Begitupun, sentuhan berbisa Luiz kembali menghantui kem Semut Merah dan kali ini menggunakan kepalanya untuk menyempurnakan hantaran lintang Firdaus Saiyadi.
Situasi bertambah sukar buat skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu untuk bangkit apabila tempang tanpa seorang pemain.
Penyerang, Jafri Firdaus Chew, diperintah keluar padang kerana kekasaran terhadap Leandro.
Walaupun sudah mendahului selesa, Perak terus memberi tekanan kepada pertahanan PKNS sehingga wisel penamat.
Sehubungan itu, Perak mengiringi Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu selain Sabah untuk berentap di peringkat separuh akhir.
0 comments:
Catat Ulasan