Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 30 September 2018

Sabah ke separuh akhir selepas 11 tahun

Sabah ke separuh akhir selepas 11 tahun




Baca juga:

Jerman dipilih tuan rumah Euro 2024
Gaji Teong Kim RM175,000 sebulan
Neymar Jr. Kedah diintai tiga kelab besar
Maxius Musa diharap beri aksi bertenaga di pusingan kedua

JDT mahu ikat Akhyar?


SABAH 1 KELANTAN 0

(Sabah mara menerusi peraturan gol di tempat lawan dengan agregat 2-2)

Sabah layak ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kelantan 1-0 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Ia adalah kali pertama pasukan yang popular dengan jolokan Sabah Rhinos itu layak ke separuh akhir sejak 11 tahun lalu iaitu pada 2007.

Dalam perlawanan tadi, Kelantan lebih dulu mencemaskan pintu gol Sabah menerusi percubaan pemain mereka, Mohd Khairul Rizam Che Soh, pada minit ketiga, namun rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim, dalam keadaan satu lawan satu.

Beraksi di hadapan lebih 20,000 penyokong, Sabah memperoleh gol pertama menerusi sepakan penalti penyerang import mereka, Rodoljub Paunnovic, pada minit ke-30.

Pengadil perlawanan, Fitri Maskon, memberikan sepakan penalti itu selepas bola terkena tangan salah seorang pertahanan Kelantan dan ia disempurnakan dengan baik oleh Paunovic bagi menjadikan kedudukan 1-0.

Selepas jaringan itu, Kelantan cuba mencari gol penyamaan, namun setiap serangan mereka berjaya dipatahkan pertahanan Sabah yang dikemudi ketua pasukan, Rawilson Batuil, dan kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, perlawanan agak seimbang di awal permainan, namun Sabah memiliki peluang baik pada minit ke-62 menerusi percubaan Mohd Azzizan Nordin, bagaimanapun sepakannya itu berjaya ditepis keluar penjaga gol Kelantan, Mohd Faridzuean Kamaruddin.

Pasukan tuan rumah kemudian terus garang memburu jaringan dan hampir memperolehnya menerusi rembatan kencang Alto Linus dari luar kotak penalti, namun, ia berjaya dibaca Faridzuean.

Seminit kemudian, Paunovic pula memiliki peluang baik tetapi percubaannya hasil hantaran cantik Maxsius Musa sedikit tersasar di sebelah kanan tiang gol lawan.

Dalam masa kecederaan, perlawanan semakin 'panas' apabila penyerang import Kelantan, Cristiano Marcolino Santos, dilayangkan kad merah.

Kedudukan 1-0 itu kemudian kekal sehingga tamat perlawanan, sekali gus melayakkan Sabah ke separuh akhir menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan walaupun ia berkesudahan 2-2 secara agregat.

Sementara itu, Johor Darul Ta'zim (JDT) menyingkirkan juara Piala FA, Pahang, apabila meraih kemenangan 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Jaringan Safawi Rasid pada minit pertama dan 73 menghukum kelalaian benteng pelawat untuk menempah pertemuan separuh akhir dengan Terengganu minggu depan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog