Perak hormat Sabah
Ramalan final Ahmad mahu Terengganu-Sabah
TFC II, UKM di final Piala CabaranPerak melangkah ke separuh akhir
Penyerang lincah Kelantan Nik Akif tunggu panggilan skuad B-19
Kemenangan ini untuk rakyat Sabah
Tiada alasan Kelantan kendurkan serangan
Sabah ke separuh akhir selepas 11 tahun
Sabah cipta sejarah selepas 11 Tahun
Siaran langsung perlawanan Pusingan Kedua Sabah dan Kelantan Piala Malaysia 2018
Perak tetap menghormati Sabah biar apapun tanggapan pihak lain terhadap lawannya di separuh akhir Piala Malaysia itu pada Ahad ini.
Bagi jurulatih pasukan The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic, kejayaan mara ke separuh akhir membuktikan Sabah bukan calang-calang pasukan walaupun pasukan dari Liga Perdana.
"Bagi mana-mana pasukan yang mampu mara sebegini jauh bererti ia pasukan yang mempunyai kewibawaan dan perwatakan.
"Jadi saya sekali-kali tidak pandang mudah Sabah. Mereka mempunyai pemain tempatan dan import berkaliber," katanya.
Justeru Durakovic mengingatkan anak buahnya supaya berada dalam keadaan cukup bersedia untuk perlawanan pertama di Stadium Perak dan perlawanan timbal balik di Stadium Likas pada 21 Oktober nanti.
Jurulatih berasal dari Australia itu berkata, segala maklumat mengenai pasukan lawan adalah hasil penelitiannya daripada siaran langsung perlawanan suku akhir pasukan itu menentang Kelantan.
"Sabah pasukan yang bagus dan bersemangat juang tinggi," katanya.
Begitupun Durakovic berharap pasukan Yob mampu mengulangi persembahan bertenaga seperti ketika menentang PKNS FC, Ahad lalu.
"Ia persembahan terbaik setiap anggota pasukan dan saya berharap mereka mampu mengulanginya di separuh akhir," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan