Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 5 Oktober 2018

Review Perlawanan separuh akhir pertama Perak dan Sabah Piala Malaysia 2018


Kredit Photo: SFFC

Review Perlawanan separuh akhir pertama Perak dan Sabah Piala Malaysia 2018


Perak vs Sabah
07 Oktober 2018
9.15 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia di antara Perak dan Sabah pasti menjanjikan satu aksi menarik. Pertembungan ini adalah perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan pada tahun ini. Ini kerana Perak beraksi di Liga Super manakala Sabah beraksi di Liga Perdana.

Perak dilihat sebagai satu pasukan yang bermain lebih tersusun untuk mengatur serangan. Di bahagian tengah yang dikemudi oleh Brendan Gan dan Dos Santos. Lebih kepada permainan short pass dan Wander Luiz yang gemar membuat percubaan jarak jauh dan mempunyai tandukan yang sangat baik. Untuk menentang pasukan seperti Perak harus lebih bersabar dan tidak terburu-buru kerana sebarang kelalain menyebabkan satu trough pass yang memerangkap pertahanan lawan.

Bagi pasukan Sabah pula tidak ada sebarang kecedraan pemain dilaporkan. Kemungkinan besar kesebelasan utama ketika menewaskan Kelantan di Likas akan dikekalkan. Sabah pasti mengharapkan sentuhan dan aksi terbaik dari pemain lincah Maxius Musa. Pemain ini dilihat menjadi nadi kepada serangan Sabah yang akan bersama Hamran Peter membatu Hector Ramos dan Rodoljub di bahagian serangan. Di bahagian tengah pula akan dikemudi oleh pemain kebangsaan Azizan Nordin bersama Sabri Sahar. Benteng Sabah akan diawasi oleh Rozaimi Rohim dan pertahanan import kental Francis Kasonde, Rawilson batuil, Alto Linus dan Dendy Lowa. Dendy Lowa beraksi cukup baik di Likas menggantikan tempat Randy Baruh yang masih tidak boleh beraksi kerana layangan Kad Merah. Sabah harus berhati-hati ketika situasi bola mati kerana kelebihan fizikal pemain Perak.

Form pasukan Perak dan Sabah dalam 5 perlawanan terakhir

Perak- W D L W W
Sabah- W L L WW

Statistik Penting Perak dan Sabah

Perak



Sabah



Jangan lupa menyaksikan perlawanan hebat ini melalui applikasi iFilix. Perlawanan separuh akhir kedua akan diadakan pada 21 Oktober 2018 di Stadium Likas pada jam 8.15 malam. Ayuh kita sama-sama penuhkan Stadium Likas dengan memberi sokongan padu sebagai pemain ke 12.

Kepada penyokong pasukan Sabah yang belum lagi menderma kepada Tabung Kutipan derma pemain Sabah FA bolehlah menyalurkan bantuan tersebut ke Tabung Kutipan Derma Untuk Pemain Sabah FA

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog