Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 3 Oktober 2018

Tewaskan Sabah Perak dapat hibuhan lumayan


Tewaskan Sabah Perak dapat hibuhan lumayan






Perlawanan Perak menentang Sabah di peringkat separuh akhir Piala Malaysia bukan sahaja menjanjikan tiket ke perlawanan akhir tetapi bakal diberikan ganjaran lumayan oleh Kerajaan negeri Perak.

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata kepada Berita Harian, ganjaran itu akan diberikan kepada para pemain dan staf kejurulatihan Perak jika mereka berjaya menewaskan Sabah.
Baca juga: Brendan Gan mahu tamatkan fantasy Sabah
“Kami tunggu pengumuman Menteri Besar (Ahmad Faizal Azumu) dengan pasukan, esok. PAFA dengan sokongan dan bantuan kerajaan negeri, kami memberi insentif kepada seluruh pasukan Perak untuk memberikan suntikan semangat dengan insentif ini serta memberi mereka nilai tambah untuk beraksi dengan lebih semangat seperti mana semangat mereka tunjukkan dalam perlawanan dengan PKNS FC baru-baru ini.

“Pada suku akhir, tiada sesiapa meletakkan harapan untuk Perak melangkah ke separuh akhir kerana kami tidak pernah menang dengan PKNS sebelum ini. Tapi atas semangat jitu dan suntikan semangat daripada Menteri Besar, saya harap pemain dapat beraksi dengan lebih baik,” katanya.


Gambar: Perak TBG

Minggu lepas, Perak berjaya menghapuskan badi tewas kepada PKNS FC apabila menewaskan skuad kendalian Datuk Rajagobal itu dengan aggregat 2-0 di suku akhir.



Kali terakhir skuad The Bos Gaurus melangkah ke final Piala Malaysia ialah pada tahun 2007 dan akan bertemu Sabah pada separuh akhir pertama di Stadium Perak, Ahad ini.

“Semua rakyat Perak mengimpikan suasana perlawanan akhir Piala Malaysia. Pertembungan dengan Sabah, walaupun kami tidak pernah bertemu sebelum ini kerana mereka beraksi dalam Liga Perdana, tapi apabila berada di separuh akhir, semua empat pasukan mampu layak ke perlawanan akhir,” katanya.


Ditanya mengenai peluang Perak untuk layak ke final, Hasnul percaya Perak mempunyai peluang cerah di bawah bimbingan jurulatih, Mehmet Durakovic.

“Saya lihat mereka bertambah yakin dan suasana harmoni yang lebih mendalam serta perhubungan antara pemain nampak jitu. Kami perlu menggunakan kesempatan beraksi di tempat sendiri Ahad ini supaya dapat bekalan gol yang selesa sebelum beraksi di Likas,” katanya.



Mehmet mengendalikan sesi latihan pasukannya di Stadium Perak, Ipoh.

Bagi jurulatih pasukan The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic, beliau menyifatkan Sabah bukan calang-calang pasukan walaupun pasukan dari Liga Perdana kerana mereka mempunyai ramai pemain yang berkualiti.



“Bagi mana-mana pasukan yang mampu mara sebegini jauh bererti ia pasukan yang mempunyai kewibawaan dan perwatakan.

“Jadi saya sekali-kali tidak pandang mudah pada Sabah. Mereka mempunyai pemain tempatan dan import berkaliber,” katanya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog