Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 8 Disember 2018

Program Diploma Pengurusan Sukan ditawarkan di Kolej SIDMA


Pertukaran dokumen perjanjian di antara Azizah Khalid Merican (Kolej SIDMA) dan Azhar disaksikan oleh Dr. Morni Kambrie, Azlina, Dr Sukiman dan Aliudin. – Gambar SNT / Ehsan Kolej SIDMA 

Program Diploma Pengurusan Sukan ditawarkan di Kolej SIDMA

Baca Juga:
Juara bertahan Keningau mahu jaga reputasi juara Liga Bola Sepak KDMM 
PEMAIN SABAH MEMBOIKOT MAHU SAFA LUNASKAN BAYARAN GAJI 
Igor Cerina kembali perkuatkan skuad Badak 
Peminat bola sepak yakin Harimau pijak Gajah di Bangkok 
Stadium Putatan bernilai RM 8.8 juta bakal dibina 
Rawilson pemain terbaik undian peminat musim 2018 
Jordan Ollerenshaw bersemangat beraksi bersama Harimau Malaya  
Siapa yang patut kekal pemain import Sabah? 
Siapakah G. Torairaju? 
G. Torairaju bakal mengendalikan skuad Badak musim 2019? 


KOTA KINABALU: Kolej SIDMA menawarkan Diploma Pengurusan Sukan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada Mac 2019.

Pengerusi Kolej SIDMA Sabah, Dr. Morni Kambrie berkata program berkenaan merupakan antara inisiatif kolej itu bagi menyokong kerajaan dalam melahirkan atlit yang bukan sahaja cemerlang di dalam bidang sukan, tetapi mampu menguasai akademik.

“Dalam zaman milenial ini, kanak-kanak didapati telah dieksploitasi dengan gajet dan dunia maya sehingga menjadikan bidang sukan sebenar mula diganti dengan E-sukan.

“Aktiviti luar khasnya acara sukan sudah mula diabaikan menyebabkan pelapis sukan negara semakin berkurangan sedangkan kita masih memerlukan atlit-atlit untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

“Ia ditambah dengan sikap ibu bapa masa kini yang tidak memandang sukan sebagai sesuatu yang dapat menjamin masa depan anak-anak mereka,” katanya dalam ucapan sempena majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan Fortis Invistus, iaitu sebuah syarikat yang menjalankan latihan pendidikan dan latihan kemahiran sukan di Malaysia.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Operasi Fortis Invistus, Azhar Ismail; wakil Institut Perguruan Gaya, Dr. Sukiman Sukardi; dan Ahli Lembaga Pengarah Sukan Sabah, Aliudin Jumaat.

Dr. Morni berkata melalui pengajian seperti itu juga, beliau berharap atlit negeri ini tidak akan terabai daripada segi pencapaian akademik mereka dan dalam masa cemerlang dalam bidang sukan.

“Kita berharap pengajian ini akan memberi peluang kepada mereka melengkapkan pencapaian diri dengan memiliki diploma dalam pengurusan industri sukan sebagai persediaan selepas bersara sebagai ahli sukan nanti.

“Secara tidak langsung, program ini juga membolehkan para atlit menjadikan sukan sebagai karier sepanjang hayat mereka dan tidak sekadar semasa menjadi atlit di lapangan sahaja,” ujar beliau. – SabahNewsToday
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog