Selangor rebah di Shah Alam
Baca Juga:Semangat "kasi radu" harus dikekalkan
JDT rebah di Larkin
Pahang belum tunjuk taring
City juara tewaskan Chelsea
Sabah kini kembali ke Piala Malaysia
Kejutan "Underdog" Piala Dunia cetus semangat Sabah
5 calon Presiden SAFA
SHAH ALAM: PKNP FC 'mencemarkan' parti kepulangan Selangor ke Stadium Shah Alam sebagai tuan rumah apabila membenam juara 33 kali itu 3-0 pada aksi pertama Kumpulan D Piala Malaysia, sebentar tadi.
Ketika skuad The Red Giants itu mengharapkan tuah stadium keramat itu selepas menjadi 'gelandangan' selama satu setengah musim bagi membuka kempen memburu gelaran ke-34, anak buah Abu Bakar Fadzim muncul pemusnah untuk mencuri mata penuh di tempat lawan.
Keputusan itu juga membolehkan PKNP FC membalas dendam kekalahan 2-0 di tangan Selangor pada aksi Liga Super di laman sendiri, 26 Julai lalu.
Nyata percaturan pengendali Selangor, Nazliazmi Nasir menurunkan tujuh pemain muda dalam kesebelasan utama selepas kehilangan tiga tonggak yang menyertai Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 tidak berjaya memberi bantuan buat penggempur mereka, Rufino Segovia dan Amri Yahyah.
Pada aksi terbabit, kedua-dua pasukan memperaga corak permainan sederhana dan meskipun berjaya merencana beberapa gerakan menyerang namun mereka buntu apabila tiada percubaan berbahaya dapat disaksikan sepanjang tempoh 20 minit pertama perlawanan.
Memasuki minit ke-21, PKNP FC berjaya menguasai bola dan hasilnya, mereka memecah kebuntuan menerusi gerakan solo Mohd Hafiz Ramdan untuk mendahului perlawanan pada minit ke-22.
Barisan pertahanan Selangor yang berada di garisan tinggi dihukum pada minit ke-31 dengan gerakan pantas PKNP FC daripada Fandi Ahmad yang tidak berdepan masalah melakukan penyudah kemas menewaskan Muhd Haziq Ridwan buat kali kedua.
Babak kedua bersambung, percubaan Selangor mengurangkan defisit terus gagal sebaliknya PKNP FC terus menambah derita mereka dengan gol ketiga pada minit ke-61 menerusi Ritus Krjauklis susulan sepakan percuma.
Meskipun pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain ketika perlawanan berbaki 13 minit apabila Ahmad Azraei Omar dilayangkan kad kuning kedua, tiada jaringan dapat dihasilkan Selangor sekali gus keputusan kekal 3-0 sehingga wisel penamat.
Selepas ini, Selangor akan berdepan tugas berat apabila bakal melayan kunjungan juara Piala FA, Pahang pada aksi kedua pada 11 Ogos sementara PKNP FC akan meneruskan pemburuan tiga mata bertemu Sabah di laman lawan.
0 comments:
Catat Ulasan