Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 9 September 2018

Harimau Malaya perlu elak aib



Harimau Malaya perlu elak aib

Baca juga:
Peminat mahukan Stadium Likas dicat
Sorotan perlawanan Chinese Taipei vs Malaysia

SKUAD Harimau Malaya perlu bangkit memperkemaskan lagi permainan andai tidak mahu dipalit aib oleh Kemboja dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh, jam 7.30 malam esok.



Selain maruah menjadi taruhan, kekalahan kepada skuad Anchor Warriors itu kemungkinan akan menyebabkan ranking Malaysia di 171 dunia terus merosot selepas tewas di tangan Taiwan 0-2 di Taipei City dalam satu lagi aksi persahabatan kelas A, Jumaat lalu.



Meskipun Kemboja yang kini dikendalikan bekas bintang Jepun Keisuke Honda berada di ranking lebih tinggi (166) berbanding Malaysia, namun reputasi mereka tidak segah Harimau Malaya di rantau Asia Tenggara ini.



Dalam 14 pertemuan, Harimau Malaya merekod 11 kemenangan ke atas Kemboja dengan kali terakhir pada Piala AFF 2016 menerusi kemenangan 3-2.



Bagaimanapun, ia bukan tugas mudah untuk anak buah Cheng Hoe melakar kemenangan ke atas Kemboja kali ini menjelang Piala AFF November depan.



Menurut penyerang muda Akhyar Rashid, selepas bergelut beraksi di atas padang becak menentang Taiwan, dia menjangkakan perkara sama akan berlaku berdepan Kemboja.



“Menentang Kemboja nanti kami akan bermain di padang rumput tiruan, memang agak berbeza. Padangnya agak licin, lantunan bola agak kuat. Selain itu getah kecil hitam yang banyak di dalam padang mudah masuk ke dalam kasut dan membuatkan rasa tak selesa.



“Apa pun kita harap aksi lebih baik selepas Taiwan. Kita akan cuba buktikan bahawa kita boleh memberi tekanan kepada pasukan lawan,” katanya ketika ditemui di sini.



Akhyar hanya masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua menentang Taiwan namun pantas memberi impak apabila hampir menjaringkan gol namun percubaannya terkena tiang.



“Saya berharap dapat beraksi dalam kesebelasan utama dan akan gunakan peluang sebaik mungkin,” kata pemain Kedah itu.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog