Azizan Nordin jelmaan Shakir Shaari
Baca juga:
Tok Gajah enggan kalah lagi ditangan Sabah
Debut cemerlang Rawilson Batuil dan Azizan Nordin
Harimau Malaya mengaum di Kemboja
Dollah lebih rela Tok Gajah jumpa pasukan lebih mantap
Keputusan Liga Negara Eropah
Impak Shahrel !!!
Jangan ambil mudah pihak lawan- Piala AFF 2018
"Azizan Nordin jelmaan Shakir Shaari," itu yang dikatakan oleh peminat bola sepak tanahair selepas pemain tengah Sabah itu mempamer aksi meyakinkan dalam penampilan pertamanya bersama skuad Harimau Malaya.
Azizan muncul muka baru skuad negara untuk dua perlawanan antarabangsa bertemu Taiwan dan Kemboja.
Tidak diturunkan dalam aksi pertama, pemain berusia 24 tahun itu mendapat peluang beraksi dalam aksi kedua selepas dimasukkan sebagai pemain gantian susulan kecederaan yang menimpa Nasir Basharuddin pada pertengahan babak pertama.
Dia berjaya mengemudi bahagian tengah dengan aksi mantap dan bertenaga, terutama ketika memenangi bola berdepan pemain lawan.
Mendapat pujian barisan kejurulatihan, permainannya dianggap mirip Shakir selaku pemain tengah bertahan terbaik yang pernah dilahirkan negara.
"Ia penampilan sulung buat Azizan. Kami berasakan telah membuat pemilihan tepat membawanya dalam barisan pemain dalam perlawanan ini," kata penolong jurulatih skuad negara, Aminuddin Hussin.
Skuad negara pulang ke tanahair semalam dan mereka akan berkumpul semula bulan depan untuk mengharungi tiga lagi perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum beraksi dalam Piala Suzuki AFF, November ini.
"Saya berharap dua perlawanan persahabatan ini dapat digunakan untuk meningkatkan lagi persembahan," kata kapten negara, Zaquan Adha Abdul Radzak.- Stadiumastro
0 comments:
Catat Ulasan