Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 13 September 2018

Pahang belasah Kelantan, Kedah lebur impian Selangor




Pahang belasah Kelantan, Kedah lebur impian Selangor

Baca juga:
Jelius tidak fikir lawan di suku akhir
Tok Gajah enggan kalah lagi ditangan Sabah
Debut cemerlang Rawilson Batuil dan Azizan Nordin
Harimau Malaya mengaum di Kemboja
Dollah lebih rela Tok Gajah jumpa pasukan lebih mantap
Keputusan Liga Negara Eropah
Impak Shahrel !!!
Azizan Nordin jelmaan Shakir Shaari



SERI MANJUNG: Pahang layak ke suku akhir dengan bergaya apabila membelasah Kelantan 6-2 dalam acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), hari ini.



Kemenangan itu membolehkan skuad Tok Gajah muncul naib juara Kumpulan C dengan mengutip enam mata hasil dua kemenangan.



Kedah pula meranap impian Selangor apabila menang 1-0 di Stadium TLDM, Lumut dengan gol tunggal perlawanan dijaringkan Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin pada minit ke-86 untuk merakam kemenangan ketiga sekali gus muncul juara kumpulan.




Dalam aksi antara Pahang dan Kelantan, skuad Tok Gajah bermula garang dengan mendahului 5-1 pada babak pertama apabila Muhammad Badrul Amin Jesmi membuka jaringan pada minit ketiga sebelum Mohamad Faisal Abdul Halim mengukuhkan kedudukan Pahang tiga minit kemudian.



Pemain Kelantan, Muhammad Juzaerul Jasmi bagaimanapun merapatkan jurang pada m-16 tetapi seminit kemudian Mohamad Haikal Hasbul melebarkan kembali jurang menjadi 3-1.



Arisazri Juhari dan Muhammad Nor Amirul menamatkan sisa-sisa peluang Kelantan dengan dua gol pantas pada m-43 dan 44.



Walaupun mengendurkan asakan pada babak kedua, Pahang masih berjaya menambah gol melalui Arisazri pada m-66 sebelum Kelantan mengurangkan defisit melalui satu lagi jaringan Muhammad Juzaerul pada m-72.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog