Tok Gajah tetap mahu benam Sabah
Baca juga:TCH awasi 3 "spy" Kemboja
Kemboja tidak takut Malaysia-Honda
Peminat mahu Rawilson Batuil dan Azizan Nordin diturunkan
Peminat mahukan Stadium Likas dicat
Sorotan perlawanan Chinese Taipei vs Malaysia
Harimau Malaya elak diaibkan lagi
KUANTAN: Biarpun sudah layak beraksi di suku akhir Piala Malaysia, skuad Pahang tetap akan menurunkan skuad terkuat untuk memburu kemenangan moral apabila bertemu Sabah, Ahad ini.
Pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang menegaskan, kemenangan ke atas Sabah itu penting untuk dijadikan motivasi terbaik untuk menghadapi saingan kalah mati di peringkat suku akhir piala berprestij berkenaan.
"Saya berharap dan yakin, pemain kita mampu menewaskan Sabah, biarpun sebarang keputusan nanti tidak dapat membantu pasukan untuk muncul juara Kumpulan D.
"Tetapi, sekurang-kurangnya, ia akan meningkatkan keyakinan pemain untuk mempamerkan prestasi lebih baik pada saingan suku akhir selepas tewas mengejut 1-3 kepada Selangor, 1 September lalu.
"Bagi saya, kekalahan kepada Selangor itu perlu dijadikan pengajaran untuk memperbaiki segala kelemahan terutama di bahagian seranagn dan pertahanan," katanya.
Selepas mengharungi lima perlawanan dan berbaki satu perlawanan, Sabah muncul juara kumpulan D, selepas mengutip 13 mata berbanding skuad Tok Gajah yang meraih lapan mata.
Mengulas tempoh rehat dua minggu, Mohammed Suffian berkata, persefahaman menjadi fokus utama skuad kendalian Dollah Salleh itu.
Selain itu, faktor kecergasan juga diberi perhatian serius kerana ada pemain baru pulih daripada kecederaan dan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk kembali meraih tahap kecergasan terbaik.
0 comments:
Catat Ulasan