Contohi keberanian Shahrel
Baca juga:Tiada perubahan jadual Piala Malaysia
Jelius tidak fikir lawan di suku akhir
Tok Gajah enggan kalah lagi ditangan Sabah
Debut cemerlang Rawilson Batuil dan Azizan Nordin
Harimau Malaya mengaum di Kemboja
Dollah lebih rela Tok Gajah jumpa pasukan lebih mantap
Keputusan Liga Negara Eropah
Impak Shahrel !!!
Azizan Nordin jelmaan Shakir Shaari
KUALA LUMPUR: Impak besar yang dipamerkan Shahrel Fikri Md Fauzi dalam skuad kebangsaan seharusnya membuka mata pemain tempatan yang lain untuk mengikut langkahnya berhijrah ke liga luar negara.
Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan percaya status pemain import yang dipegang Shahrel dalam Liga Thailand menjadi faktor utama pemain berusia 23 tahun itu terpaksa bersungguh-sungguh sekali gus berjaya meningkatkan prestasinya.
Justeru, Wan Jamak berharap lebih ramai pemain tempatan dapat mencontohi keberanian Shahrel dengan berhijrah ke liga luar demi menuntut ilmu bola sepak yang lebih tinggi.
“Thailand pun ada pemain yang keluar main di Jepun dan sebagainya. Jika lebih ramai lagi pemain seperti Shahrel, ia akan memberi impak lebih besar kepada bola sepak negara.
“Bukan liga kita tak bagus, tapi mungkin persaingan di sana (liga luar) lebih tinggi. Macam Shahrel, dia pergi ke sana (Thailand) sebagai pemain asing dan meletakkan dirinya sebagai pemain import.
“Jadi, sudah pasti dia akan cuba berlatih bersungguh-sungguh dan menunjukkan persembahan yang lebih baik daripada pemain tempatan di sana.
“Sama juga jika pemain lain yang berhijrah ke liga luar, tuntutan tahap permainan yang lebih tinggi akan memotivasikan mereka untuk memperbaiki prestasi ke tahap lebih baik,” katanya kepada ketika dihubungi, hari ini.
Nama Shahrel kini mula bermain di bibir peminat tempatan selepas kemasukannya sebagai pemain gantian pada 30 minit terakhir ketika berdepan Kemboja di Phnom Penh, Isnin lalu berjaya membantu Harimau Malaya bangkit menewaskan tuan rumah 3-1.
Shahrel yang beraksi bersama pasukan Nakhon Ratchasima FC dalam liga utama Thailand mencipta peluang kepada Shahrul Saad dan Syazwan Andik menghasilkan jaringan sebelum dia meledak gol antarabangsa pertamanya pada masa kecederaan.
0 comments:
Catat Ulasan