Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 13 September 2018

'Big 5' Eropah pecah rekod perbelanjaan



'Big 5' Eropah pecah rekod perbelanjaan

Baca juga:
Jelius tidak fikir lawan di suku akhir
Tok Gajah enggan kalah lagi ditangan Sabah
Debut cemerlang Rawilson Batuil dan Azizan Nordin
Harimau Malaya mengaum di Kemboja
Dollah lebih rela Tok Gajah jumpa pasukan lebih mantap
Keputusan Liga Negara Eropah
Impak Shahrel !!!
Azizan Nordin jelmaan Shakir Shaari

PARIS: Lima liga utama Eropah berbelanja memecah rekod dunia $4.21 bilion (RM17.43 bilion) pada jendela perpindahan musim panas lalu, menurut kajian yang diterbitkan hari ini oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).



Jumlah wang yang dibelanjakan oleh kelab-kelab di England, Sepanyol, Jerman, Itali dan Perancis dikenali ‘Big 5’ meningkat kepada 6.6 peratus berbanding $3.95 bilion (RM16.35 bilion) yang dibelanjakan pada tempoh sama tahun lalu.



Liga Perdana Inggeris mengeluarkan belanja paling besar dengan kesemua 20 kelab yang bertanding berbelanja sebanyak $1.44 bilion (RM5.96 bilion).




ADVERTISING


Begitupun, peningkatan paling tinggi dicatatkan di Itali dengan peningkatan sebanyak 75 peratus.



Perbelanjaan itu dijana oleh perpindahan Cristiano Ronaldo yang bernilai 100 juta euro (RM481.25 juta) dari Real Madrid ke Juventus dengan perbelanjaan dari kelab-kelab La Liga Sepanyol meningkat sebanyak 42.2 peratus.



Di seluruh dunia, jumlah wang yang dibelanjakan sepanjang 1 Jun hingga 1 September memecah rekod $5.44 bilion (RM22.52 bilion) membabitkan 182 daripada 211 ahli gabungan FIFA.



Data ini diambil daripada analisis Sistem Pemadanan Pemindahan Antarabangsa FIFA yang mendaftarkan semua perpindahan yang lengkap. - AFP
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog