Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 15 September 2018

Sabah tewaskan Pahang untuk mara ke separuh akhir




Sabah tewaskan Pahang untuk mara ke separuh akhir

Baca juga:
Peminat Sabah FA kecewa tiada siaran langsung di TV tempatan
Siaran langsung perlawanan Sabah FA vs Pahang FA
Sabah, Melaka sertai buruan ibu segala pingat
Contohi Shahrel penyerang berbakat Malaysia
Tiada perubahan jadual Piala Malaysia
Jelius tidak fikir lawan di suku akhir
Tok Gajah enggan kalah lagi ditangan Sabah
Debut cemerlang Rawilson Batuil dan Azizan Nordin
Harimau Malaya mengaum di Kemboja
Dollah lebih rela Tok Gajah jumpa pasukan lebih mantap
Keputusan Liga Negara Eropah
Impak Shahrel !!!
Azizan Nordin jelmaan Shakir Shaari

Sabah melangkah ke separuh akhir acara bola sepak Sukan Malaysia ( SUKMA ) ke-19 selepas menewaskan Pahang 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium TLDM di Lumut , Perak , petang tadi.

Pada separuh masa pertama , Pahang mendahului Sabah seawal minit ke-5 menerusi jaringan ketua pasukan mereka , Mohd Faisal Abd Halim bagi menjadikan kedudukan 1-0.

Skuad muda Too Gajak kemudiannya menambah jaringan menerusi Muhammad Jadulhaq Sairul Fauzi bagi menjadikan kedudukan 2-0 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Sabah akhirnya berhasil mengurangkan defisit gol apabila tandukan padu Stanley Sulong pada minit ke-63 menerjah gawang Pahang hasil hantaran lintang Mohd Azmizan Roslih.

Empat minit kemudian , Stanley sekali lagi membuktikan ketajaman penyudahnya apabila meledak gol kedua Sabah selepas satu keadaan kelam kabut di dalam kotak penalti bagi mengubah kedudukan menjadi 2-2.

Jaringan itu jelas menyuntik semangat Sabah untuk terus memburu gol dan pada minit ke-75 , percubaan ' volley ' cantik dari Hamran Peter berjaya menggegarkan jaring Pahang bagi menjadikan kedudukan berpihak kepada skuad muda Sang Badak 3-2.

Pada minit ke-82 , Ariusdius Jais dikasari pertahanan lawan di dalam kotak penalti namun peluang itu disia-siakan apabila sepakan Mohd Aidil Safer diselamatkan penjaga gol Pahang dan tandukan susulannya selepas itu juga tersasar.

Sewaktu perlawanan berlangsung di masa kecederaan , penyerang Pahang , Muhammad Badrul Amin Jesmi berjaya menyamakan kedudukan bagi menjadikan kedudukan 3-3 , sekaligus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Selepas 120 minit perlawanan berlangsung , keputusan masih kekal 3-3 walaupun kedua-dua pasukan masing-masing memiliki beberapa peluang baik untuk menambah jaringan dan keputusan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Penentuan sepakan penalti juga penuh debaran namun akhirnya Sabah berjaya melangkah ke separuh akhir dengan kedudukan 7-6.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog