Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 14 September 2018

AFC: Teong Kim senarai 23 pemain B-16

AFC: Teong Kim senarai 23 pemain B-16



Baca juga:
Contohi Shahrel penyerang berbakat Malaysia
Tiada perubahan jadual Piala Malaysia
Jelius tidak fikir lawan di suku akhir
Tok Gajah enggan kalah lagi ditangan Sabah
Debut cemerlang Rawilson Batuil dan Azizan Nordin
Harimau Malaya mengaum di Kemboja
Dollah lebih rela Tok Gajah jumpa pasukan lebih mantap
Keputusan Liga Negara Eropah
Impak Shahrel !!!
Azizan Nordin jelmaan Shakir Shaari


KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Bawah 16 tahun (B-16) kebangsaan, Lim Teong Kim menyenaraikan 23 pemain bagi membarisi skuad Malaysia pada Kejuaraan B-16 AFC 2018 di Kuala Lumpur bermula 20 September hingga 7 Oktober ini.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A akan memulakan kempen berdepan Tajikistan pada 20 September diikuti aksi menentang Thailand (23 September) dan Jepun (26 September) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jika berjaya menduduki dua tempat teratas Kumpulan A, pasukan negara akan bertemu juara atau naib juara Kumpulan B yang terdiri daripada pasukan Korea Utara, Oman, Yaman dan Jordan pada aksi suku akhir yang dijadualkan 30 September.

Sekiranya pasukan negara muncul juara Kumpulan A, perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional manakala jika naib juara mereka akan beraksi di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Perlawanan separuh akhir dijadualkan pada 4 Oktober di Stadium Nasional dan Stadium Petaling Jaya, manakala final pula pada 7 Oktober di Stadium Nasional.

Selain Stadium Nasional dan Stadium Petaling Jaya, satu lagi gelanggang kejohanan ialah Arena Universiti Malaya (UM Arena), Kuala Lumpur.

Tiket dijual pada harga RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) di ketiga-tiga venue namun bagi perlawanan di Stadium Nasional, tiket turut dijual untuk kategori VIP berharga RM20 dan grandstand RM15.

Berikut adalah senarai 23 pemain yang membawa cabaran negara ke Kejuaraan B-16 AFC 2018: BIL NAMA POSISI
1. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman Penjaga Gol
2 Azannis Adzri Abdul Halim Pertahanan
3. Muhammad Firdaus Ramli Pertahanan
4. Ali Imran Sukari Pertahanan
5. Muhammad Hariz Mansor Pertahanan
6. Mohamad Ikhwan Mohd Hafizo Tengah
7. Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal Penyerang
8. Muhammad Firdaus Kaironnisam Tengah
9. Muhammad Amirul Azzim Mohd Ruzki Penyerang
10. Luqman Hakim Shamsudin Penyerang
11. Muhamad Alif Abdul Mutalib Pertahanan
12. Muhammad Raimi Shamsul Pertahanan
13. Harith Naem Jaineh Penyerang
14. Ahmad Zikri Mohd Khalili Pertahanan
15. Alif Daniel Abd Aziz Tengah
16. Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan Tengah
17. Mohammad Alias Alan Pertahanan
18. Muhammad Syukur Fariz Januri Tengah
19. Harith Haiqal Adam Afkar Tengah
20. Muhammad Danial Amali Penyerang
21. Abdul Alim Al-Amri Ali Penjaga Gol
22. Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri Penjaga Gol
23. Muhammad Danish Ishak Pertahanan -- Bernama


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2018/09/14/pemain-b16/#B3TZJF9cxPLW8WeO.99
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog