Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 9 September 2018

Peminat bola sepak mahu TCH turunkan Rawilson Batuil dan Azizan Nordin


Peminat bola sepak mahu TCH turunkan Rawilson dan Azizan

Setelah dimalukan 0-2 kepada Chinese Taipei beberapa hari yang lalu, ramai peminat bola sepak tempatan mengkritik jurulatih TCH. Bagaimana beliau menangani dan membuat percaturan buat pasukan menjadi persoalan.

Ramai peminat bola sepak mahukan TCH menurunkan semua pemain agar dapat mengukur sejauh mana kemampuan mereka.

Antara pemain yang belum lagi beraksi walaupun kerap dipanggil oleh TCH ialah kapten Sabah, Rawilson Batuil. Rawilson beraksi mantap disamping Francis Kasonde untuk Sabah dan memastikan pasukannya menjadi juara dalam kumpulan D saingan Piala Malaysia 2018. Diharapkan TCH dapat memberi ruang aksi buat pertahanan kental ini.

Satu lagi pemain Sabah yang baru saja dipanggil dalam skuad Harimau Malaya ialah pemain tengah bertahan Sabah, Azizan Nordin. Azizan Nordin terkenal dengan aksi agresif dan rajin membatu bahagian pertahanann. Dianggap kereta kebal dan "Penebang" dikalangan peminat Rhinos. TCH diharapkan dapat memberi waktu beraksi ini untuk kedua-dua pemain Borneo ini.

Peminat tidak mahu pemain ini hanya dipanggil dan hanya menjadi "Pekasam" dalam pasukan.











Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog