Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 25 Oktober 2018

Azzizan Nordin mahu penamat terbaik


GAMBAR fail, pemain Sabah, Mohd Azzizan Nordin (kiri) cuba melepasi pertahanan Kelantan dalam perlawanan bola sepak suku akhir kedua Piala Malaysia 2018 di Stadium Likas, September lalu. - Foto Khairull Azry Bidin

Azzizan Nordin mahu penamat terbaik


Artikel Pilihan:
Penyokong Sabah FA mahu pengurusan dimantapkan
Pengsan beli tiket final
'Budak-budak lawan orang dewasa'
Arsenal terus buruan, Chelsea 'cemas'
Lagi kad merah dan Skuad B-19 tempah laluan sukar
4 pasukan berentap di final Piala Remaja B-17
Mauricio aset berharga buat JDT
Perak perlu kekalkan prestasi ketika tundukkan Sabah untuk muncul juara
Siapa sangka Sang Badak 'radu' sampai separuh akhir
JDT sambar Mauricio
Juil tetap bangga pencapaian Sabah
Perak tepati ramalan ke final Piala Malaysia
PIALA MALAYSIA 2018 PERJALANAN SABAH BERAKHIR
Pemain yang boleh diintai
JDT tewas di laman sendiri


KUALA LUMPUR: Tahun 2018 mungkin boleh dianggap sebagai tahun paling bertuah buat pemain tengah Sabah, Azzizan Nordin.

Bukan setakat berjaya membantu pasukannya mara sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia 2018, namun persembahan pemain berusia 24 tahun itu turut perhatian pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

Mula dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan sejak Ogos lalu, pemain tengah itu diturunkan buat kali pertama pada aksi bertemu Kemboja pada 11 September dan memperagakan aksi yang meyakinkan.


Kini, dengan hanya selangkah untuk menempatkan diri dalam skuad ke Piala AFF Suzuki, Azzizan menyasarkan untuk menutup tahun 2018 dengan gemilang.


ADVERTISEMENT






“Tahun 2018 mungkin menjadi tahun terbaik sepanjang karier saya. Pencapaian bersama kelab juga baik dan berpeluang mewakili skuad negara, sememangnya ini menjadi impian saya.

“Saya tidak pernah terfikir dapat mewakili negara tetapi peluang beraksi di Piala Suzuki AFF 2018 sudah berada di depan mata, jadi saya tidak akan mensia-siakannya.

“Peluang ini membuatkan saya mahu terus bekerja keras, Jika dapat mewakili negara ke Piala Suzuki AFF 2018, pencapaian ini akan menjadi penutup tahun yang baik kepada saya,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangannya bersama skuad negara, pemain yang menjadikan bintang Chelsea, N’Golo Kante sebagai idola itu mengakui tidak berdepan masalah dengan rakan sepasukannya.

“Walaupun saya pemain baharu tetapi saya semakin selesa dengan suasana dalam kem dan bersama rakan sepasukan yang lain,” katanya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog