PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Mauricio aset berharga buat JDT
Artikel Pilihan:
Perak perlu kekalkan prestasi ketika tundukkan Sabah untuk muncul juara
Siapa sangka Sang Badak 'radu' sampai separuh akhir
JDT sambar Mauricio
Juil tetap bangga pencapaian Sabah
Perak tepati ramalan ke final Piala Malaysia
PIALA MALAYSIA 2018 PERJALANAN SABAH BERAKHIR
Pemain yang boleh diintai
JDT tewas di laman sendiri
Messi patah lengan
TETAP TAGIH KUDRAT PEMAIN: JELIUS
TIKET SABAH LAWAN PERAK MULA DIJUAL ESOK
Harimau Malaya perlukan Nor Azam
Penyokong hulur sumbangan kepada pemain Sabah
PESERTA LISUS DARI SABAH MENINGGAL DUNIA DIPANAH PETIR
SABAH GELISAH 3 TONGGAK CEDERA
LIGA BOLASEPAK KDM MALAYSIA KEMBALI
JOHOR BAHRU: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan kehadiran Mauricio dos Santos Nascimento memenuhi kehendak kelab yang mahukan pemain pertahanan lebih agresif dan bijak memandangkan kelab itu akan beraksi di saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.
Tunku Ismail berkata, beliau meminta Pengarah Sukan, Martin Priest untuk mencari pemain pertahanan yang usianya tidak melebihi 31 tahun dan kurang 27 tahun kerana pemain pertahanan terutama pemain import mestilah berpengalaman luas.
Katanya, JDT memerlukan pemain pertahanan ampuh memandangkan Antonio yang sudah bersama pasukan itu selama empat musim tidak dapat memberi persembahan terbaik tatkala JDT memerlukan pemain pertahanan lebih dinamik dan mampu membimbing pemain tempatan.
"Kalau anda lihat biodata Mauricio, dia tidak pernah beraksi untuk kelab tidak ternama, sebaliknya beraksi bersama Sportting Lisbon, Spartak Moscow dan SS Lazio. Dia jarang diturunkan kerana pertukaran jurulatih pada musim ini ketika bersama Sporting Lisbon.”
"Kami ambil kesempatan untuk pancing Mauricio dan berjaya meyakinkannya menyertai JDT. Untuk mendapatkan pemain sepertinya yang berpengalaman di Serie A sememangnya menjadi aset penting buat JDT.”
"Mauricio bukanlah pemain import yang datang untuk menamatkan karier bola sepak di sini, sebaliknya dia akan menambah kekuatan JDT dan bagi saya ia satu kejayaan JDT membawa pemain itu ke sini," kata Tunku Ismail pada sidang media, semalam.
Tunku Ismail juga mendedahkan keinginan untuk mendapatkan penyerang kelab Thailand, Muangthong United, Heberty Fernandes untuk menguatkan jentera serangan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan, namun permintaan gaji yang tinggi dan keengganan kelab itu melepaskan pemain berkenaan menyebabkan JDT tidak meneruskan usaha mendapatkan pemain kelahiran Sao Paolo, Brazil itu.
Bagaimanapun, JDT bernasib baik tidak mendapat khidmat Fernandes apabila pencari bakat JDT ke Thailand yang menilai kualiti permainan pemain itu mendapati dia tidak sesuai dengan corak permainan pasukan.
"Dalam skuad JDT corak permainan diterapkan mengutamakan 11 pemain beraksi dan membentuk kombinasi serta kesefahaman. Jika pemain itu beraksi di posisi serangan dia juga harus turun membantu benteng pertahanan.”
"Fernandes tidak sesuai dengan corak permainan JDT kerana dia kerap menunggu bola di atas, walaupun dia seorang pemain bagus tetapi jika dinilai daripada kesungguhan dan sumbangan dalam pasukan dia tidak sesuai untuk JDT," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan