Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 23 Oktober 2018

Perak perlu kekalkan prestasi ketika tundukkan Sabah untuk muncul juara

Perak perlu kekalkan prestasi ketika tundukkan Sabah untuk muncul juara






Artikel Pilihan:
Siapa sangka Sang Badak 'radu' sampai separuh akhir
JDT sambar Mauricio
Juil tetap bangga pencapaian Sabah
Perak tepati ramalan ke final Piala Malaysia
PIALA MALAYSIA 2018 PERJALANAN SABAH BERAKHIR
Pemain yang boleh diintai
JDT tewas di laman sendiri
Messi patah lengan
TETAP TAGIH KUDRAT PEMAIN: JELIUS
TIKET SABAH LAWAN PERAK MULA DIJUAL ESOK
Harimau Malaya perlukan Nor Azam
Penyokong hulur sumbangan kepada pemain Sabah
PESERTA LISUS DARI SABAH MENINGGAL DUNIA DIPANAH PETIR
SABAH GELISAH 3 TONGGAK CEDERA
LIGA BOLASEPAK KDM MALAYSIA KEMBALI

Pasukan Perak perlu mempamer aksi cemerlang sama seperti ketika membelasah Sabah 5-0 dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia, 7 Oktober lalu, untuk muncul juara dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.




Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How, berkata pihaknya yakin skuad The Bos Gaurus mampu menamatkan kemarau 18 tahun untuk menjulang Piala Malaysia selepas memenanginya pada tahun 2000 dengan mengalahkan Negeri Sembilan.




"Kami amat bangga dan gembira kerana Perak akan bermain di peringkat akhir. Kami yakin Perak berpeluang merampas piala itu," katanya dalam sidang media hari ini.




Perak mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu Terengganu apabila menang dengan agregat 7-2 ke atas Sabah dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Likas, semalam.




Kali terakhir Perak bertemu Terengganu di pentas akhir Piala Malaysia adalah pada tahun 1998 yang menyaksikan Perak muncul juara menerusi penentuan sepakan penalti.




Mengenai ramalan jaringan, Lee berkata beliau tidak meletakkan sebarang sasaran, sebaliknya menyerahkan ia kepada pihak pengurusan dan pasukan.




Ditanya kemungkinan cuti peristiwa sekiranya Perak muncul juara, Lee berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, mengenai perkara itu.




-- BERNAMA




Imej: Asiana
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog