Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 24 Oktober 2018

Arsenal terus buruan, Chelsea 'cemas'


PEMAIN Arsenal meraikan jaringan ketiga mereka dalam perlawanan menentang Leicester City di Stadium Emirates, London. - Foto Reuters

Arsenal terus buruan, Chelsea 'cemas'


Artikel Pilihan:
Lagi kad merah dan Skuad B-19 tempah laluan sukar
4 pasukan berentap di final Piala Remaja B-17
Mauricio aset berharga buat JDT
Perak perlu kekalkan prestasi ketika tundukkan Sabah untuk muncul juara
Siapa sangka Sang Badak 'radu' sampai separuh akhir
JDT sambar Mauricio
Juil tetap bangga pencapaian Sabah
Perak tepati ramalan ke final Piala Malaysia
PIALA MALAYSIA 2018 PERJALANAN SABAH BERAKHIR
Pemain yang boleh diintai
JDT tewas di laman sendiri
Messi patah lengan
TETAP TAGIH KUDRAT PEMAIN: JELIUS
TIKET SABAH LAWAN PERAK MULA DIJUAL ESOK
Harimau Malaya perlukan Nor Azam
Penyokong hulur sumbangan kepada pemain Sabah
PESERTA LISUS DARI SABAH MENINGGAL DUNIA DIPANAH PETIR
SABAH GELISAH 3 TONGGAK CEDERA
LIGA BOLASEPAK KDM MALAYSIA KEMBALI

PARIS: Di sebalik jadual padat selepas mengharungi 10 kemenangan berturut-turut, Arsenal meneruskan pemburuan menjulang trofi Liga Europa apabila berkunjung ke Sporting Lisbon, awal pagi Jumaat ini.



Begitupun, berita kurang baik buat seteru tetangga London, Chelsea yang mungkin kehilangan pemain paling berpengaruh, Eden Hazard ketika menanti kunjungan BATE Borisov dari Belarus.



Selepas melengkapkan deretan 10 kemenangan ketika melayan Leicester dalam kempen Liga Perdana Inggeris, semalam, skuad kendalian Unai Emery menjadi pasukan tumpuan dalam Kumpulan E.









Arsenal dan Sporting berkongsi enam mata selepas dua perlawanan manakala kelab Azerbaijan, Qarabag dan kelab bergelut dari Ukraine, Vorskla masih belum meraih mata.



Sporting ketika ini menghuni tangga kelima liga Portugal, ketinggalan empat mata daripada puncak liga dengan bekas bintang Manchester United, Nani menjaringkan tiga gol daripada tujuh perlawanan.



Jika Arsenal memerlukan alasan betapa peluang mereka untuk menjulang trofi Liga Europa, mereka tidak perlu melihat terlalu jauh.



Ketika mengendalikan kelab Sepanyol, Sevilla pada 2013 hingga 2016, Emery mengetuai kelab itu menjulang tiga kejuaraan Liga Europa berturut-turut.



“Kami mula bermain menggunakan hati,” kata Emery selepas skuad kendaliannya terpaksa bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 3-1 ke atas Leicester.



Sporting yang menang 2-1 ke atas Loures di gelanggang lawan dalam kempen Piala Portugal dengan gol dijaringkan Nani dan Bruno Fernandes sepatutnya lebih bertenaga berbanding Gunners apabila perlawanan terakhir mereka berlangsung pada Sabtu.



Selepas menang kedua-dua perlawanan pembukaan Kumpulan L, juara 2013 Chelsea menghampiri pusingan berikutnya dengan kemenangan ke atas BATE sekali pun tanpa khidmat Hazard.



Perancang Belgium itu berkata dia menerima begitu banyak terjahan ketika Chelsea mengikat Manchester United 2-2, minggu lalu yang menyebabkannya terlepas aksi bertemu BATE dengan masalah belakang.



“Apabila saya bangkit daripada tidur pada Isnin, saya masih lagi merasa kekejangan. Malah ketika babak kedua permainan saya tidak boleh memecut dengan baik,” kata Hazard. - Reuters



Jadual perlawanan



Kumpulan A: Zurich mln Leverkusen, AEK Larnaca mln Ludogorets, 12.55 tgh mlm

Kumpulan B: Salzburg mln Rosenborg, Leipzig mln Celtic, 12.55 tgh mlm

Kumpulan C: Zenit Saint Petersburg mln Bordeaux, Kobenhavn mln Slavia Praha, 12.55 tgh mlm

Kumpulan D: Anderlecht mln Fenerbahce, Spartak Trnava mln Dinamo Zagreb, 12.55 tgh mlm

Kumpulan E: Qarabag mln Vorskla, Sporting CP mln Arsenal, 12.55 tgh mlm

Kumpulan F: AC Milan mln Real Betis, Dudelange mln Olympiacos, 12.55 tgh mlm

Kumpulan G: Rangers mln Spartak Moscow, Villarreal mln Rapid Vienna, 3 am

Kumpulan H: Eintracht Frankfurt mln Apollon, Marseille mln Lazio, 3 am

Kumpulan I: Sarpsborg mln Malmo, Besiktas mln Genk, 3 am

Kumpulan J: Standard Liege mln Krasnodar, Sevilla mln Akhisar, 3 am

Kumpulan K: Jablonec mln Astana, Rennes mln Dynamo Kiev, 3 am

Kumpulan L: Chelsea mlnv BATE Borisov, PAOK mln Vidi, 3 am
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog