Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 22 Oktober 2018

Perak tepati ramalan ke final Piala Malaysia


PEMAIN Sabah, Odoljub Paunovic (kanan) brsaing dengan pemain perak, Shahrul Mohd Saad ketika aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2018 di Stadium Likas, sebentar tadi. - Foto KHAIRULL AZRY BIDIN

Perak tepati ramalan ke final Piala Malaysia


Artikel Pilihan:
PIALA MALAYSIA 2018 PERJALANAN SABAH BERAKHIR
Pemain yang boleh diintai
JDT tewas di laman sendiri
Messi patah lengan
TETAP TAGIH KUDRAT PEMAIN: JELIUS
TIKET SABAH LAWAN PERAK MULA DIJUAL ESOK
Harimau Malaya perlukan Nor Azam
Penyokong hulur sumbangan kepada pemain Sabah
PESERTA LISUS DARI SABAH MENINGGAL DUNIA DIPANAH PETIR
SABAH GELISAH 3 TONGGAK CEDERA
LIGA BOLASEPAK KDM MALAYSIA KEMBALI

KOTA KINABALU: Perak menepati ramalan mara ke final Piala Malaysia apabila menang dengan agregat 7-2 walaupun sekadar seri 2-2 berdepan Sabah dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Likas, di sini, sebentar tadi.




Walaupun memiliki bekalan lima gol, Perak terlebih dulu mencemaskan pintu gol Sabah menerusi Gilmar Jose Da Silva Filho, namun cubaannya diselamatkan penjaga gol, Rozaimie Rohim dalam keadaan satu lawan satu.



Rozaimie sekali lagi menjadi penyelamat tuan rumah apabila menghalang cubaan Muhammad Firdaus Saiyadi, juga dalam keadaan satu lawan satu.



Pada minit ke-34, Sabri Sahar menceriakan penyokong tuan rumah apabila meledak gol pertama untuk pasukannya hasil penyudah baik dalam kotak penalti selepas satu sepakan sudut daripada Elias Sulaiman bagi menjadikan kedudukan 1-0.



Gol itu mencetuskan semangat Sabah untuk terus memburu jaringan dan hampir memperolehnya pada minit ke-38 hasil sepakan percuma Elias, bagaimanapun ia diselamatkan penjaga gol lawan dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat babak pertama.



Bermula separuh masa kedua, Sabah terus berusaha menambah gol dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-67, namun tandukan Rodoljub Paunovic tidak menepati sasaran.



Pada minit ke-74, Gilmar menambah kesukaran Sabah apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti selepas Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri dijatuhkan Rozaimie di dalam kotak penalti.



Gilmar kemudian menambah derita Sabah apabila meledak gol kedua pada minit ke-80 hasil satu penyudah baik selepas memperdayakan penjaga gol Sabah bagi menjadikan kedudukan berpihak kepada mereka 2-1.



Ketua pasukan Sabah, Rawilson Batuil kemudian menyelamatkan pasukannya daripada kecundang di gelanggang sendiri apabila menanduk gol penyamaan pada minit ke-85 bagi menjadikan kedudukan 2-2 dan kedudukan itu kekal hingga penamat.- bharian.com
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog