Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 22 Oktober 2018

PIALA MALAYSIA 2018 PERJALANAN SABAH BERAKHIR

PIALA MALAYSIA 2018 PERJALANAN SABAH BERAKHIR




Aksi perlawanan Separuh Akhir Kedua Unifi Piala Malaysia 2017 diantara pasukan Sabah menentang Perak di Stadium Likas, sebentar tadi.- Gambar SNT/Mohd Adam Arinin
Artikel Pilihan:
Pemain yang boleh diintai
JDT tewas di laman sendiri
Messi patah lengan
TETAP TAGIH KUDRAT PEMAIN: JELIUS
TIKET SABAH LAWAN PERAK MULA DIJUAL ESOK
Harimau Malaya perlukan Nor Azam
Penyokong hulur sumbangan kepada pemain Sabah
PESERTA LISUS DARI SABAH MENINGGAL DUNIA DIPANAH PETIR
SABAH GELISAH 3 TONGGAK CEDERA
LIGA BOLASEPAK KDM MALAYSIA KEMBALI

KOTA KINABALU: Saingan Piala Malaysia Sabah musim ini berakhir apabila hanya mampu mengikat Perak seri 2-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Likas malam tadi.

Keputusan itu bermakna Perak berjaya melangkah ke perlawanan akhir dengan agregat 7-2 dan akan bertemu dengan Terengganu pada 27 Okt untuk perebutan Piala Malaysia.

Sabah memulakan perlawanan dengan misi setinggi Gunung Kinabalu kerana mereka perlu menjaringkan 6 gol dan pada masa sama menghalang gawang dari dibolosi Perak untuk mengatasi kekalahan 5-0 pada separuh akhir pertama di Stadium Perak.

Sekalipun sedar akan misi berat itu, para peminat setia Sabah tetap hadir memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.



Ketua Pasukan Perak, Shahrul Mohd Saad (jersi kuning) mengawal situasi perlawanan. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Dan mereka diberi sedikit harapan pada minit ke-35 apabila Sabri Sahar berjaya membuat sentuhan penyudah menewaskan penjaga gol Perak Muhammad Hafizul hasil dari tendangan sudut untuk menjadikan kedudukan Sabah 1, Perak 0.

Selepas itu, Sabah cuba menggandakan serangan tetapi tidak berhasil manakala penjaga gol, Rozaimie Rohim pula terpaksa bekerja keras menyelamatkan gawang dari ditembusi Perak.

Kedudukan Sabah mendahului 1-0 kekal pada separuh masa pertama.

Babak kedua Perak nampak lebih bertahan namun kelekaan pertahanan Sabah pada minit ke-72 membenarkan pemain berbahaya Perak, Gilmar Jose Santos memasuki kotak penalti untuk berdepan dengan Rozaimie dalam situasi satu lawan satu.

Rozaimie meluru keluar untuk mendapatkan bola namun dalam proses itu menjatuhkan Gilmar dan pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri meniup wisel untuk menghadiahkan penalti kepada Perak.

Tendangan penalti disempurnakan oleh Gilmar untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Perak menutup segala peluang yang ada bagi Sabah apabila Gilmar sekali lagi berjaya menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 2-1 diminit ke-80.

Walaupun perasaan kehampaan mula meresap, skuad Badak terus mengatur serangan dan pada minit ke-85, ketua pasukan Rawilson Batuil yang datang dari belakang berjaya menjaringkan gol melalui satu tandukan cantik hasil tendangan sudut Elyas Sulaiman untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Kedudukan ini kekal sehingga wisel penamat dan menyaksikan pemain Perak serta beberapa orang penyokong mereka yang datang ke Stadium Likas bersorak gembira.

Bagi pemain Sabah walaupun longlai dengan keputusan itu namun mereka boleh berbangga kerana telah mempamerkan semangat juang tinggi untuk sampai ke separuh akhir walaupun terpaksa berdepan dengan berbagai cabaran dalam dan luar padang sepanjang musim Piala Malaysia.-SabahNewsToday
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog