Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 21 Oktober 2018

JDT tewas di laman sendiri

PEMAIN Terengganu meraikan kejayaan mereka selepas menewaskan JDT dengan agregat 3-2 sekaligus melayakkan diri ke aksi final pada Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin. - Foto BERNAMA

JDT tewas di laman sendiri

Artikel Pilihan:
Messi patah lengan
TETAP TAGIH KUDRAT PEMAIN: JELIUS
TIKET SABAH LAWAN PERAK MULA DIJUAL ESOK
Harimau Malaya perlukan Nor Azam
Penyokong hulur sumbangan kepada pemain Sabah
PESERTA LISUS DARI SABAH MENINGGAL DUNIA DIPANAH PETIR
SABAH GELISAH 3 TONGGAK CEDERA
LIGA BOLASEPAK KDM MALAYSIA KEMBALI
Masih ada tempat buat Keisuke Ogawa?
'Neymar Kedah' jadi sandaran utama
Sasaran Harimau Malaya ke final Piala AFF
Perak enggan sia-siakan kelebihan
Pengajaran berguna Harimau Malaya
Belum selamat kata pengendali Perak Durakovic

JOHOR BAHRU: Perasaan kecewa jelas terpancar di wajah pengurus Johor Darul Ta'zim (JDT), Luciano Figueroa selepas pasukan itu gagal mara ke pentas akhir Piala Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan musim lalu.



JDT terpaksa akur dengan kegagalan itu walaupun melakar keputusan seri 2-2 dengan Terengganu FC (TFC) malam tadi, namun skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim mara dengan agregat 3-2.



Sebelum ini, TFC menang 1-0 ketika aksi separuh akhir pertama di Kuala Terengganu, Terenganu pada 6 Oktober lalu.




Dalam aksi malam tadi, JDT mendahului 2-0 hasil jaringan penalti Fernando Marquez pada minit ke-40 serta jaringan Gonzalo Cabrera pada minit ke-62. Namun, kapten TFC, Kipre Tchetche merapatkan jurang pada minit ke-68 dan menyamakan kedudukan pada minit ke-89.



Bagi Figueroa, pemain JDT sudah memberikan yang terbaik dalam perlawanan itu selepas menguasai keseluruhan permainan dan sering memberi tekanan ke kubu TFC, tetapi gagal menterjemahkan peluang terhidang dengan jaringan.



"Memang kecewa kerana gagal untuk layak. Tetapi itu sudah suratan dan apa yang berlaku adalah pengajaran buat kami, malah dalam permainan bola sepak macam-macam boleh berlaku. Kami harus terima hakikat malam ini (malam tadi) bukan malam JDT.



"Walaupun menguasai permainan dan kerap menekan benteng TFC, tetapi kami tidak meletakkan bola di dalam gol. Itu yang menjadi punca utama perjalanan kami dinoktahkan dan saya sendiri memohon maaf kepada penyokong dengan kegagalan itu.



"Kami mencipta dua gol untuk berada dalam kedudukan agregat 2-1, namun gagal mempertahankan jaringan itu selepas TFC menjaringkan gol untuk mengikat agregat 2-2. Kami cuba memberi tekanan untuk memburu gol, tetapi sudah kesuntukan masa.



"TFC tidak menguasai permainan, sebaliknya sepanjang 90 minit, mereka hanya ada empat peluang melakukan serangan dan berjaya menjaringkan dua gol. Ia berpunca daripada kelekaan kami di benteng pertahanan," katanya.



Namun, Figueroa enggan menyalahkan pemainnya kerana gagal mempertahankan gelaran, sebaliknya bersikap profesional dengan menegaskan tanpa mengira menang atau kalah, JDT tetap bersatu dan sentiasa mengekalkan semangat kekeluargaan.



Ditanya kelibat Fernando Marquez yang tampak kurang cergas selepas pulih daripada kecederaan muka dan terpaksa beraksi memakai topeng, Figueroa berkata, pemain itu sudah memberi yang terbaik malam tadi dan kerap mencemaskan benteng skuad Penyu.



"Keputusan dibuat untuk menyenaraikan Marquez dalam kesebelasan utama kerana sepanjang sesi latihan dia begitu komited untuk membantu JDT dan ia terbukti pada aksi menentang TFC, tetapi nasib tidak menyebelahi pemain itu," kata Figueroa.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog