Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 23 Oktober 2018

Siapa sangka Sang Badak 'radu' sampai separuh akhir

Siapa sangka Sang Badak 'radu' sampai separuh akhir




Artikel Pilihan:
Perak perlu kekalkan prestasi ketika tundukkan Sabah untuk muncul juara
JDT sambar Mauricio
Juil tetap bangga pencapaian Sabah
Perak tepati ramalan ke final Piala Malaysia
PIALA MALAYSIA 2018 PERJALANAN SABAH BERAKHIR
Pemain yang boleh diintai
JDT tewas di laman sendiri
Messi patah lengan
TETAP TAGIH KUDRAT PEMAIN: JELIUS
TIKET SABAH LAWAN PERAK MULA DIJUAL ESOK
Harimau Malaya perlukan Nor Azam
Penyokong hulur sumbangan kepada pemain Sabah
PESERTA LISUS DARI SABAH MENINGGAL DUNIA DIPANAH PETIR
SABAH GELISAH 3 TONGGAK CEDERA
LIGA BOLASEPAK KDM MALAYSIA KEMBALI


Walaupun terkandas dalam separuh akhir Piala Malaysia musim ini, pencapaian pasukan Sabah masih boleh dibanggakan kerana tiada siapa yang sangka mereka boleh pergi sejauh itu.

Skuad kendalian Jelius Ating itu adalah pasukan terakhir yang layak beraksi dalam Piala Malaysia sebelum ini dan pencapaian itu juga adalah yang pertama selepas kali terakhir beraksi di pentas bola sepak paling berprestij negara itu kira-kira tujuh tahun lalu.

Pasukan yang popular dengan jolokan Sabah Rhinos itu juga menghadapi ujian sukar apabila diundi bersama pasukan kuat daripada Liga Super dalam Kumpulan D bersama Pahang, Selangor dan PKNP FC.

Siapa sangka, mereka berjaya muncul sebagai juara kumpulan selepas mencatat empat kemenangan, sekali seri dan tewas sekali.

Sang Badak kemudian terus mencipta kejutan apabila mara ke separuh akhir selepas mengatasi Kelantan dalam suku akhir untuk bertemu The Bos Gaurus.

Namun, Sabah terpaksa akur dengan kehebatan Perak apabila tewas dengan agregat 7-2 walaupun berjaya mengikat skuad kendalian Mehmet Durokovic itu 2-2 dalam aksi kedua di Stadium Likas, malam tadi.

Sesungguhnya, kekecewaan dalam separuh akhir memang agak pahit untuk ditelan oleh para penyokong setia mereka, namun jika dilihat semula perjalanan Sabah dalam saingan Liga Malaysia musim ini, ia sebenarnya sesuatu yang boleh dibanggakan.

Selain pencapaian baik mereka dalam Piala Malaysia, penyokong pasukan itu juga boleh berbangga kerana selepas sekian lama, akhirnya ada wakil Sabah dalam kem skuad kebangsaan, iaitu ketua pasukan, Rawilson Batuil, dan pemain tengah, Mohd Azzizan Nordin.

Dengan segala masalah dalaman yang dihadapi, khususnya kewangan, pasukan Sabah masih mampu bertahan sehingga melangkah jauh di pentas Piala Malaysia dan pencapaian mereka itu juga telah menjadi satu fenomena baru dalam arena bola sepak Negeri Di Bawah Bayu.

Apa yang diharapkan, langkah pasukan Sabah itu tidak terhenti setakat di sini saja kerana sudah pasti para penyokong akan kembali 'menagih sesuatu' daripada mereka di musim akan datang.

Pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim, ketika ditemui berkata satu mesyuarat pengurusan pasukan akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi membincangkan hala tuju skuad berkenaan musim depan.

"Kita akan memilih pemain untuk musim depan secepat mungkin dan jika Jelius masih kekal (sebagai ketua jurulatih), dia akan mengendalikan sesi pemilihan itu.

"Sejak menjadi pengendali, Jelius telah banyak membantu pasukan sehingga kami mencapai tahap ini, saya juga harap dia akan dikekalkan," katanya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog