JUIL Nuatim
Juil tetap bangga pencapaian Sabah
Artikel Pilihan:Perak tepati ramalan ke final Piala Malaysia
PIALA MALAYSIA 2018 PERJALANAN SABAH BERAKHIR
Pemain yang boleh diintai
JDT tewas di laman sendiri
Messi patah lengan
TETAP TAGIH KUDRAT PEMAIN: JELIUS
TIKET SABAH LAWAN PERAK MULA DIJUAL ESOK
Harimau Malaya perlukan Nor Azam
Penyokong hulur sumbangan kepada pemain Sabah
PESERTA LISUS DARI SABAH MENINGGAL DUNIA DIPANAH PETIR
SABAH GELISAH 3 TONGGAK CEDERA
LIGA BOLASEPAK KDM MALAYSIA KEMBALI
KOTA KINABALU: Pengurus pasukan Sabah, Datuk Juil Nuatim tetap berbangga dengan pencapaian pasukan itu walaupun gagal mara ke final Piala Malaysia musim ini.
Katanya, tiada siapa menjangkakan pasukan yang popular dengan jolokan Sabah Rhinos itu mampu melangkah sehingga ke separuh akhir.
"Saya harap penyokong tidak berkecil hati kerana sampai ke separuh akhir ini pun sudah sesuatu yang boleh kita banggakan.
Sebelum ini Sabah menjadi pasukan terakhir yang layak beraksi di Piala Malaysia, diundi pula dengan pasukan kuat dari Liga Super.
"Pada mulanya saya juga rasa sukar melepasinya (peringkat kumpulan), tetapi kita berjaya melakukannya, malah jadi juara kumpulan," katanya ketika ditemui selepas aksi separuh akhir kedua bertemu Perak di Stadium Likas, di sini, semalam.
Pada perlawanan itu, Sabah terpaksa akur dengan kekuatan The Bos Gaurus yang layak ke final dengan keputusan agregat 7-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.
Juil berkata, pemainnya menunjukkan prestasi lebih baik semalam namun mengakui kualiti pasukan lawan lebih baik berbanding Sabah.
"Perak sebuah pasukan kuat, mereka memiliki pemain import lebih berkualiti dan pemain tempatan mereka juga begitu, namun semangat berpasukan dan kerja keras pemain kita berjaya memberi saingan kepada mereka," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, pihak pengurusan akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat ini bagi membincangkan persiapan pasukan menghadapi musim depan.- Bharian.com
0 comments:
Catat Ulasan