Bawa masuk Sepanduk & Alat Muzik minta kebenaran dari SAFA
SAC Jauteh Dikun. Gambar Fail SNT
Penggunaan alat muzik berat dan pemaparan sepanduk dalam perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas perlu mendapat kebenaran Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) terlebih dahulu. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Safa, Senior Asisten Komisioner (SAC) Jauteh Dikun yang juga Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Sabah berkata, peraturan itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Safa, Selasa lalu.
“Peraturan ini berkuatkuasa bermula perlawanan Liga Premier Sabah menentang Terengganu FC II (TFC II) Sabtu ini,” kata Jauteh ketika ditemui di sini pada Khamis.
Alat muzik yang dilarang
1. Gong
2. Gendang
3. Kompang.
“Memang tidak dibenarkan dibawa masuk adalah sebarang senjata termasuk mercun dan suar atau benda yang boleh dijadikan senjata seperti payung, botol minuman dan minuman tin.
“Safa dan pasukan Sabah sememangnya menghargai dan perlukan sokongan penyokong. Sebab itu kita mahu penyokong datang untuk menyokong pasukan dan bukannya menimbulkan kekecohan termasuk memaparkan sepanduk-sepanduk bersifat provokasi.
“Kalau mahu menggunakan alat muzik atau ada sepanduk yang mahu dipaparkan, perlu kebenaran daripada Safa terlebih dahulu,” katanya. Malaysian Football League (MFL) juga tidak membenarkan sebarang siaran langsung dari mana-mana organisasi atau individu yang tidak diberi hak oleh badan pentadbir liga tanah air berkenaan.
Baca juga: Pembelian gagal || Elias Sulaiman
Oleh itu, sebarang peralatan kamera atau video untuk tujuan membuat siaran langsung juga tidak dibenarkan dibawa masuk kecuali mereka yang telah diberi hak dan mempunyai pas dari MFL.-SabahNewsToday
0 comments:
Catat Ulasan