Piala FA 2019 tampilkan 38 pasukan amatur
Wakil 38 pasukan bergambar pada majlis undian pusingan kelayakan Piala FA di Petaling Jaya, semalam. - NSTP/Rohanis Shukri
Berikut keputusan undian:
XBBSB FC lwn Mofah FC, Shah Alam Antlers lwn Real Chukai FC, Rawang City FC lwn Batu 2 FC, Kuatagh FC lwn FC Pemanis, Raja Permin FC lwn Klasiko FC, KSR Sains lwn Markless ST, MPKJ FC lwn Kingstown Klang FC, DDM FC lwn SAMB FC, KRU FC lwn MPPD FC dan PIB FC lwn Ampang United FC.
Selain itu, Newbies FC lwn Protap FC, BTK FC lwn SA United FC, Southern FC lwn Kelantan United FC, Glory United FC lwn Ultimate FC, Tun Razak FC lwn Puchong Fuerza FC, Kuching FA lwn Armed Forced FC, Isma FC lwn Penjara FC, Blastier Galicia FC lwn Jerantut FA
Sementara itu, JBFA dan MD Besut layak secara automatik ke pusingan pertama.
Saingan Piala FA bagi musim ini mencipta sejarah selepas buat pertama kalinya bakal menampilkan sebanyak 38 pasukan berstatus amatur dengan 14 daripadanya bersaing dalam Liga M3 manakala bakinya Liga M4.
Ia menjadi pembabitan terbesar dalam sejarah kejohanan berkenaan selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hanya menampilkan tujuh pasukan amatur sebelum ini.
Bagaimanapun, 36 daripada 38 pasukan itu perlu bersaing pada peringkat kelayakan yang dijangka berlangsung pada 16 dan 17 Februari ini, sementara dua lagi mendapat 'bye' ke pusingan pertama.
"Piala FA perlu dijadikan sasaran buat mana-mana pasukan tidak kira dari liga sosial atau amatur di negeri masing-masing. Kita mahu buka saingan piala ini kepada semua dan ini satu usaha yang menunjukkan pertandingan bola sepak berstatus elit bukan saja untuk satu golongan pemain semata-mata," katanya selepas majlis undian Piala FA di sini, semalam.

Baca juga: Luiz Milunovic dan Luiz Junior beri inpak segeraKetua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata penyertaan pasukan amatur itu secara tidak langsung akan membantu pembangunan meliputi peringkat akar umbi.
"Piala FA perlu dijadikan sasaran buat mana-mana pasukan tidak kira dari liga sosial atau amatur di negeri masing-masing. Kita mahu buka saingan piala ini kepada semua dan ini satu usaha yang menunjukkan pertandingan bola sepak berstatus elit bukan saja untuk satu golongan pemain semata-mata," katanya selepas majlis undian Piala FA di sini, semalam.
0 comments:
Catat Ulasan