Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 11 Februari 2019

Tunggakan gaji pemain boleh cetus kehadiran rasuah

Tunggakan gaji pemain boleh cetus kehadiran rasuah




Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, bimbang isu kelewatan membayar gaji pemain akan meningkatkan kes rasuah pemain bola sepak. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendedahkan enam lagi pasukan dan kelab tempatan, termasuk Perlis, berhutang sejumlah RM4.48 juta kepada pemain dan juga pegawai.

Paling tinggi dalam tuntutan gaji adalah membabitkan enam pemain Felda United dengan jumlah keseluruhan RM3.81 juta sambil pasukan lain yang terbabit dalam perintah itu ialah Perlis, PDRM, Kuantan FA, Hanelang FC dan Terengganu City FC (TCFC). Perlis yang kembali ke Liga Perdana dan membawa masuk beberapa nama besar seperti Safee Sali, Khyril Muhymeen Zambri serta Azmi Muslim menjadi pasukan yang paling mencuri perhatian bagi kempen 2019 apabila dilaporkan tidak melakukan pembayaran gaji selama dua bulan.
Baca juga: Bookie cuba rasuah akan disiasat
Lebih memburukkan keadaan, skuad futsal Perlis turut menerima tamparan setelah ketua jurulatih, Qusmaini Noor Rusli, mengakui beberapa pemain utamanya bakal "angkat kaki" menyertai pasukan lain ekoran isu tunggakan gaji. Keadaan ini menyebabkan Syed Saddiq bimbang ia akan menggalakkan gejala rasuah kembali menular seperti yang pernah dilalui bola sepak Malaysia suatu ketika dahulu. "Semua pihak tidak boleh bersikap remeh-temeh (dalam soal gaji) kerana ia berkait rapat dengan kebajikan atlet," kata Syed Saddiq.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog