Surat penyokong Tambadau Sabah kepada SAFA
Bolasepak adalah milik rakyat bukan milik perseorangan atau individu. Sabah FA bukanlah sebuah kelab dan bukan milik individu. Kalau kau punya kelab kau sukalah mau buat apa, kau mau register sebagai pemain , kau mau setiap game kau 1st eleven, kau mau jadi captain , kau mau pakai nombor 7, penalty pun kau mau ambik kau suka , free kick pun kau mau ambik kau punya suka , goal kick pun kalau kau mau ambik kau punya suka juga, kau ndak mau ada penyokong datang pun kau punya hak. Sabah FA adalah sebuah persatuan , kamu di amanahkan untuk mengtakbirnya dengan baik. Perlembagaan persatuan yang sedia ada perlu di patuhi.
Segala keputusan yang di buat oleh DPA dan konco konconya mendatangkan ketidak puas hatian kepada rata rata penyokong dan keputusan kemarin mendatangkan kemarahan penyokong sehingga kedengaran rancangan memboikot perlawanan di stadium likas. Dulu pun ada juga suara mau boikot perlawanan , cuma bezanya sekarang laungan boikot lebih kuat dan penyokong sehati dengan keputusan mengosongkan stadium. Penyokong adalah tulang belakang kepada setiap pasukan. Bolasepak tiada makna tampa penyokong.
Baca juga: Bawa masuk sepanduk dan alat musik minta kebenaran dari SAFABerkenaan isu tiket bermusim, dari dulu lagi SAFA ada menjual tiket bermusim tampa masalah dengan FAM dan FMLLP atau sekarang dikenali MSL . Kena faham apa maksud tiket bermusim. Tiket bermusim ini special pass atau pas khas untuk menyaksikan kesemua perlawanan home atau di tempat sendiri untuk semusim. Seseorang yang ingin membeli tiket bermusim perlu membayar untuk jumlah kesemua perlawanan di tempat sendiri dan akan di berikan satu pas dan di belakang pas tersebut akan tertulis kesemua perlawanan yang berlangsung di tempat sendiri. Bukan macam sekarang tiket bermusim di jual sekeping sekeping macam tiket perlawanan biasa dan hanya sah satu perlawanan. Tapi kita serahkan sama MSL lah pasal tiket, mereka pun sudah sedia maklum, aku ndak mau cerita lanjut nanti menggangu siasatan.
Last sekali aku mau cakap , selepas lebih 20 tahun hampir setiap home game kami datang ke stadium menyokong pasukan Sabah, SabahRhinos akan boikot kesemua perlawanan Sabah yang berlangsung di Stadium Likas atau di mana mana home venus pasukan Sabah sebagai membantah keputusan keputusan yang di ambil oleh individu individu di dalam SAFA yang tidak betul , tidak mengikuti perlembagaan SAFA dan membelakangkan penyokong. Kami tidak akan menyumbang kepada pengurusan yang begini. Kepada kesemua warga SabahRhinos , penyokong penyokong pasukan Sabah dari semua kumpulan penyokong, ini lah sejarah hitam buat penyokong pasukan Sabah , sejarah hitam buat Sabah FA kerana di pimpin dan di urus oleh pemimpin yang terburuk sejarah SAFA.
Sumber: Peminat setia Rhinos Sabah!
0 comments:
Catat Ulasan