Masalah 'set piece' harus diperkemaskan oleh Tambadau Sabah
Sabah perlu memperkemaskan bahagian pertahanannya terutama dalam situasi 'set piece' atau bola mati sekiranya tidak mahu terus dibolosi bertemu Terengganu FC ll. Ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating, berkata mereka dibolosi lima gol dalam dua perlawanan dengan empat daripadanya adalah dalam situasi bola mati, termasuk satu menerusi penalti.
"Kami akan cuba memperbaikinya kerana tiada gunanya jika kami menghasilkan gol tapi dibolosi banyak kali," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu. Jelius juga menjelaskan selain pertahanan, bahagian serangan pasukan yang kini digelar Tambadau itu juga perlu diperkemaskan.
"Kemasukan Junior (Luiz Carlos Caetano De Azevedo Junior) juga banyak membantu pasukan dalam aksi bertemu Kelantan tempoh hari walaupun ia adalah aksi pertamanya, begitu juga dengan Luka (Milunovic) yang semakin serasi dengan pasukan," tambah Jelius.
Baca juga: Hamid letak jawatan timbalan presiden SAFA l
"Bagaimanapun, bahagian serangan masih perlu diperkemaskan lagi kerana jika kami tidak menyempurnakan peluang yang terhidang, peluang untuk memenangi perlawanan menjadi tipis." Daripada dua perlawanan, Sabah kini berada di kedudukan kelapan dengan satu mata selepas tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dalam aksi pertama di gelanggang sendiri dan seri 3-3 dengan Kelantan di tempat lawan tempoh hari.
0 comments:
Catat Ulasan