Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (dua, kanan) menunjukkan isyarat bagus sewaktu meninjau program tukar minyak hitam motorsikal percuma oleh pelajar IKTBN Dusun Tua di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang pada lawatan beliau ke daerah Hulu Langat, hari ini. - Foto BERNAMA
Siasat bookie cuba rasuah pemain Liga Malaysia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melakukan siasatan mengenai dakwaan kehadiran bookie cuba merasuah pemain kelab bola sepak Liga Malaysia (Liga M) yang berdepan masalah tunggakan gaji. Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pihaknya tidak dapat menerima perlakuan seperti itu sekiranya ia benar-benar berlaku disebalik kesempitan hidup yang dihadapi pemain bola sepak terbabit.
“Kita mesti tentang mereka ini kerana ia sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya pada sidang media Program Tukar Minyak Hitam Motosikal Percuma di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang sempena lawatan kerja rasmi di sini, hari ini. Metro Ahad hari ini mendedahkan pengakuan seorang bekas pemain yang sebelum ini beraksi di Liga Perdana pernah didekati bookie selepas mengetahui kemelut tunggakan gaji yang dialami pasukannya.
"Masalah bookie ini memang kita banteras berhabis-habisan. Kalau ada sebarang maklumat tolong laporkan segera. Kami juga akan cuba membuat siasatan tersendiri menerusi kerjasama dengan kelab-kelab dan juga pemain-pemain.
Baca juga: Piala FA 2019 disertai 38 pasukan amatur
“Kita mesti tentang mereka ini kerana ia sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya pada sidang media Program Tukar Minyak Hitam Motosikal Percuma di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang sempena lawatan kerja rasmi di sini, hari ini. Metro Ahad hari ini mendedahkan pengakuan seorang bekas pemain yang sebelum ini beraksi di Liga Perdana pernah didekati bookie selepas mengetahui kemelut tunggakan gaji yang dialami pasukannya.
0 comments:
Catat Ulasan