"Hanya salah faham"- Jurulatih Terengganu FC ll
Jurulatih Terengganu FC (TFC) II, Tengku Hazman Raja Hassan menyifatkan masalah komunikasi sebagai punca salah faham dengan pengendali skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee. Mengakui dihubungi pada malam 10 Februari (Ahad), Tengku Hazman meminta tempoh sehingga selesai sesi latihan pertama pada Isnin (semalam) kerana TFC II masih diberi cuti selepas aksi Liga Perdana pada Jumaat.
Baca juga: Statistik Pertemuan Sabah dan Terengganu FC llMenurutnya, belum sempat memberi respon, Kim Swee sudah meluahkan kekecewaan sambil mendakwa TFC II tidak bekerjasama berhubung pelepasan Mohammad Ridzuan Razali. Tengku Hazman berkata tidak wajar sekiranya Kim Swee hanya menyalahkan TFC II sedangkan beberapa kelab lain juga bertindak tidak melepaskan pemain masing-masing.
"Saya mengakui tidak menjawab dua panggilan dari nombor tidak dikenali kerana sedang memandu dari dan nombor itu tidak pula meninggalkan pesanan atau whatsapp. "Panggilan skuad negara merupakan tanda kecemerlangan dan TFC II sendiri menyokong pembabitan seperti penyerang, Muhammad Izzan Syahmi Mustapa," kata Tengku Hazman.
Enggan mengeruhkan keadaan, Tengku Hazman berharap prosedur panggilan menyertai kem kebangsaan diperbaiki walaupun hanya kepada pemain gantian. "Mana-mana pemain akan dilepaskan untuk skuad negara dan saya meminta maaf sekiranya kesilapan komunikasi dari TFC II menjejaskan persiapan Malaysia," tambahnya.
0 comments:
Catat Ulasan