Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 15 Februari 2019

PDRM ikat Ronaldinho


BEKAS penyerang PKNS FC dan Selangor, Patrick Ronaldinho Wleh (tengah) disambut pegawai pasukan PDRM untuk menyertai pasukan The Cops. - Foto FB PDRM FA ‘The Cops’

PDRM ikat Ronaldinho


Bekas penyerang PKNS FC dan Selangor, Patrick Ronaldinho Wleh sah kembali ke Liga Malaysia (Liga M) dengan menyarung jersi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Baca juga: Surat terbuka kepada SAFA
Pengurus pasukan PDRM, Kamarul Ariffin menjelaskan kehadiran pemain kelahiran Liberia itu dijangka mampu menyelesaikan masalah ketumpulan jentera serangan yang dihadapi skuad The Cops ketika ini. Beliau berkata, antara faktor PDRM membuat keputusan membawa kembali Ronaldinho ke Liga M kerana persembahan pemain itu sesuai dengan corak permainan yang diterapkan jurulatih Fauzi Pilus.


"Kami memerlukan ciri-ciri penyerang macam Patrick (Ronaldinho) dan kita membuat keputusan mengikat dia sebelum tarikh sebenar pendaftaran pemain berakhir pada 20 Februari ini. "Saya dan pasukan teknikal merasakan kami amat kekurangan di bahagian serangan, jadi selepas meneliti beberapa calon, Patrick adalah calon terbaik," katanya kepada BH Sukan, hari ini.

PDRM kini berada di kedudukan ke-11 Liga Perdana selepas hanya mengumpul satu mata daripada dua perlawanan. Mengenai masalah tunggakan gaji pemain musim lalu, Kamarul menjelaskan pihaknya sedang menyelesaikan perkara itu dan akan memberi kenyataan rasmi selepas ia diselesaikan dalam tempoh terdekat.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog