Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 28 Mac 2019

Bekas Presiden PFA diberi tempoh 14 hari

BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie. - Foto Asyraf Hamzah

Bekas Presiden PFA diberi tempoh 14 hari


Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie diberi masa 14 hari, iaitu sehingga 9 April bagi menyelesaikan hutang PFA atau tindakan saman akan diambil ke atasnya.

Pemangku Presiden PFA, Mohamad Abdul Karim Khan Mansur Ahmad Khan, berkata jumlah hutang yang perlu dibayar Ahmad Amizal kepada PFA adalah berjumlah RM3 juta.

“Tindakan (tuntutan) ini dibuat berdasarkan segala kerosakan dan memberi imej buruk kepada PFA yang dilakukan sebelum ini sehinggakan PFA disingkirkan oleh MFL dari beraksi dalam Liga Perdana 2019.

“Sekiranya dia gagal menjelaskan hutang berkenaan, saman akan dikeluarkan terhadap beliau oleh pihak kami,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Abdul Karim berkata, jumlah tuntutan itu juga termasuk ganti rugi atas kemungkiran Ahmad Amizal dalam perjanjian penajaan kepada PFA yang dibuat antara mereka sewaktu perlantikan Ahmad Amizal tahun lalu.

Beliau berkata, PFA akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada April ini bagi memilih Presiden yang baharu.

“Ini bagi memilih Presiden baharu yang mampu menerajui dan menyelesaikan segala tanggungan hutang PFA yang menjangkau lebih RM 4 juta.

“Ia juga seperti yang tertakluk pada syarat yang ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk membolehkan pasukan beraksi semula dalam dalam kancah liga,” katanya.

Sementara itu, PFA menerusi Naib Presiden 1, Ismasuhaimi Shariff sudah menghadap Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bagi menerangkan situasi sebenar PFA pada 20 Mac lalu di Istana Arau.

“Tuanku menyarankan agar PFA terus menjadi badan bola sepak negeri yang menguruskan aktiviti sukan itu di negeri ini selain menyarankan agar diadakan semula Liga Bola Sepak Perlis,” katanya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog