Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 24 Mac 2019

Oman julang Piala AirMarine 2019

PASUKAN Oman menjuarai Piala Airmarine 2019 selepas menumpaskan pasukan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Asyraf Hamzah

Oman julang Piala AirMarine 2019


Oman menepati jangkaan selaku pasukan pilihan untuk menjulang Piala Airmarine 2019 selepas menundukkan Singapura 5-4 menerusi penentuan penanti selepas kedua-duanya terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Terdahulu, Oman memulakan saingan dengan garang dan kualiti yang dipamerkan negara Arab itu jelas lebih baik berbanding Singapura terutama ketika memenangi perebutan bola tinggi.

Kelebihan fizikal yang dimiliki juga membantu Oman dan minit ke-22, pemburuan jaringan berakhir menerusi tandukan Abdul Aziz Humaid Mubarak Al-Maqbali.

Bersambung babak kedua, Muhammad Nazrul Ahmad Nazari yang melepasi kawalan pertahanan Oman mempersiakan peluang terbaik selepas gerakan tersekat apabila dia menyangka kedudukannya sudah offsaid sebelum dipintas pemain lawan.

Ketika pemain Oman mula berkira-kira untuk menjulang trofi, Muhammad Zulfahmi Mohd Arifin meledak gol penyamaan buat Singapura pada minit ke-90 menerusi sepakan percuma untuk mengheret ke penentuan penalti.

Walaupun terpaksa memilih jalan sukar untuk mengesahkan kemenangan, kegagalan Faris Ramli menyempurnakan sepakan penalti keempat Singapura mengesahkan kejuaraan sulung Piala Airmarine buat Oman.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog