Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 25 Mac 2019

JJCM johan Sepak Takraw Terbuka Tenom Piala JJ

JJCM johan Sepak Takraw Terbuka Tenom Piala JJ




JAMAWI menyampaikan hadiah kepada johan Sepak Takraw Terbuka Tenom Piala JJ 2019.

Pasukan JJCM menuai hasil lumayan apabila muncul sebagai juara dalam Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Tenom Piala JJ 2019.
Pasukan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta piala dan medal.

Naib johan pula disandang oleh pasukan Binanading United yang juga menerima hadiah wang tunai RM2,500 dan medal.

Sementara tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh pasukan RTC dan MD Putatan yang menerima hadiah wang tunai RM1,500 berserta medal.


Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Tenom anjuran Pejabat Perhubungan DUN Kemabong dengan kerjasama Astaka Daerah Tenom yang julung kali diadakan tahun ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 26 pasukan dari seluruh negeri.

Pengerusi Pengelola Kejohanan Wak Sugianto Trimo berkata, kejohanan yang berlangsung selama dua hari dan berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Tenom itu dihadiri lebih seratus orang termasuk pemain dari semua daerah di negeri ini.

"Kejohanan kali ini mendapat sambutan yang amat baik apabila disertai pemain dari seluruh daerah di negeri ini yang turut disertai pemain kebangsaan seperti Noor Azman Abd Hamid Fitrah Abd Ghani dan Nasarudin Abdul Ghani, yang turut menonjolkan bakat dan kebolehan dalam permainan sepak takraw," katanya.

Terdahulu, ketika merasmikan kejohanan itu, Adun Kemabong Jamawi Jaafar berkata tujuan kejohanan itu adalah bagi menyemarakkan lagi sukan sepak takraw dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda selain mencungkil bakat baharu dalam sukan berkenaan.

Katanya berdasarkan sambutan positif pasukan sepak takraw di negeri ini terhadap kejohanan itu, pihaknya bercadang meneruskan penganjuran dengan menjadikannya sebagai kejohanan terbuka sebagai kalendar tahunan kegiatan sukan khususnya sukan sepak takraw di daerah ini.

Selain itu, beliau berharap pelbagai lagi jenis sukan dapat diadakan pada masa akan datang melibatkan lebih banyak penyertaan.

"Saya mahu menjadikan Tenom termasuk daerah kecil Kemabong sebagai pusat aktiviti sukan yang secara tidak langsung dapat mengangkat kedudukan sukan di negara kita," ujarnya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog