JURULATIH pasukan China B23, Guus Hiddink. - Foto Sairien Nafis
Hiddink puji skuad Kim Swee
Kematangan pemain bawah 23 tahun (B-23) China jelas membantu negara Tembok Besar itu memastikan slot ke pusingan akhir Kejuaraan AFC B-23 di Bangkok, Thailand tahun depan.
Aspek itu diakui sendiri pengendalinya, Guus Hiddink selepas menyaksikan anak buahnya dua kali ketinggalan sebelum bangkit mengikat skuad B-23 negara 2-2 di Stadium Shah Alam, semalam.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan China muncul juara Kumpulan J, hanya dipisahkan dengan jumlah jaringan berbanding Malaysia yang turut kekal tanpa kalah selepas tiga perlawanan.
Sambil mengakui kemahiran dimiliki pemain negara, Hiddink yang pernah membimbing Real Madrid, Chelsea, Russia dan Korea Selatan itu menyatakan ketenangan dimiliki anak buahnya jadi kunci kepada kejayaan mereka layak secara automatik.
"Sebagai jurulatih, saya perlu siap sedia dengan situasi ini dan sebelum ini juga kami juga pernah menghadapi perkara sama. Kami tidak panik. Kami tahu apa yang harus buat selepas ketinggalan," katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.
Walaupun skuad negara 'berputih mata' untuk ke Bangkok, Thailand tahun depan, ada perkembangan positif dilontarkan jurulatih berpengalaman dari Belanda yang memuji kualiti yang dimiliki pemain muda negara.
"Daripada saya lihat, jika berlaku situasi satu lawan satu, pemain Malaysia mampu mengatasi pemain saya. Mereka memiliki kualiti daripada segi kemahiran individu yang boleh menyukarkan kami.
"Kalau dilihat pada perlawanan ini (kelmarin), tahap intensiti cukup tinggi," katanya.
Guus Hiddink coach terbaik didunia
BalasPadamLontaran kata amat ikhlas
Player MALAYSIA mempunyai kualiti
Skill individu lebih bagus
Daripada player CHINA.