Cium wartawan semasa temu bual, juara heavyweight dikecam
Perbuatan Pulev dikecam netizen.
PETINJU Kubrat Pulev dikecam selepas mencium seorang wartawan semasa sesi temu bual selepas kemenangannya pada malam Sabtu lalu.
Juara heavyweight itu ditemu bual wartawan tinju berpengalaman, Jenny Sushe mengenai kejayaannya menewaskan lawannya, Bogdan Dinu.
Sushe bertanya kepada Pulev mengenai peluang bertemu dengan Tyson Fury sebelum petinju berusia 37 tahun itu tiba-tiba memegang wajahnya lalu menciumnya.
Perlakuan tidak senonoh itu menyebabkan sesi temu bual itu ditamatkan dan Pulev berlalu pergi.
Akibatnya Pulev yang sudah berkahwin dikritik hebat peminat sukan tinju di media sosial.
Pulev menundukkan lawannya, Dinu.
Rata-rata netizen menyifatkan insiden itu sebagai serangan seksual.
Ia bukan kali pertama bintang sukan dikritik kerana tidak menghormati wartawan wanita.
Pulev menandatangani kontrak bersama Top Rank pada Disember lalu dalam usaha untuk menaikkan reputasinya selepas prestasi tidak menentu dalam kategori heavyweight.
Atlet kelahiran Bulgaria itu disebut-sebut bakal bertemu lawannya Tyson Fury. - Metro.co.uk
0 comments:
Catat Ulasan