Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 27 Mac 2019

SESA perkenal Liga Sukan Elektronik Sarawak

SESA perkenal Liga Sukan Elektronik Sarawak



Pemenang bergambar kenangan bersama Snowdan (tengah), Afiq (kiri) dan Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan menyambut baik inisiatif Persatuan Sukan Elektronik Sarawak (SESA) untuk menganjurkan Liga Sukan Elektronik Sarawak.

Menurut Snowdan, liga julung kali diadakan itu amat bertepatan dalam usaha melahirkan atlet sukan elektronik yang boleh mewakili Sarawak di kejohanan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Pada tahun depan, SUKMA akan diadakan di Johor pada pertengahan Julai dan salah satu acara dipertandingkan ialah sukan elektronik. Selain daripada itu, sukan elektronik juga akan dipertandingkan pada Sukan SEA di Filipina pada November depan di mana ia akan menawarkan lima pingat emas.

“Sebab itulah pihak SESA ketika ini giat mencari atlet berkelayakan yang terbaik di seluruh Sarawak untuk menyertai sesi pemilihan di Kuala Lumpur bagi mewakili negara.

“Saya juga memberi sokongan sepenuhnya kepada SESA untuk menganjurkan liga sukan elektronik di seluruh Sarawak. Kita mahu mencari hanya yang terbaik,” ujar Snowdan semasa berucap pada majis penutupan Pertandingan FIFA19 PS4 sempena E-Games Pavillion di Tebingan Kuching, malam Selasa.

Pada masa sama, Snowdan menyeru kelab-kelab sukan elektronik di seluruh negeri untuk berdaftar dan menjadi ahli SESA bagi membolehkan mereka dibantu.

Beliau turut mengumumkan tajaan berjumlah RM10,000 sebagai hadiah kepada pemenang liga di mana juara akan meraih RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan ketiga RM2,000. 

Terdahulu, Presiden SESA Afiq Fadhli Narawi dalam ucapannya memberitahu liga yang akan bermula dalam masa terdekat akan diadakan di setiap bahagian negeri di mana mereka akan menghantar wakil di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Tambahnya, sesi pemilihan awal atlet untuk ke Sukan SEA akan diadakan serentak di Kuching dan Miri pada 5-7 April manakala pemilihan terakhir akan diadakan dari 12-14 April di Pusat Beli Belah City One.

Sementara itu, penuntut UNIMAS Ardil Afiz Azri dinobat johan Pertandingan FIFA19 PS4 untuk menggondol hadiah wang tunai RM1,200, trofi dan medal.

Tempat kedua milik Awang Raad Awang Khalik untuk menerima RM800, trofi dan medal. 

Hazwan Faiz di tempat ketiga untuk meraih RM600, trofi dan medal manakala Ashraf Zakariz tempat keempat untuk menggondol RM400, trofi dan medal.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog