Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 18 Oktober 2018

LIGA BOLASEPAK KDM MALAYSIA KEMBALI

LIGA BOLASEPAK KDM MALAYSIA KEMBALI





Peter (tiga kanan) dan Frankie (tengah) bergambar bersama piala kemenangan Liga Bola Sepak KDMM pada kunjungan berkenaan. -Gambar SNT/Alfred Petrus
Artikel Pilihan:
Masih ada tempat buat Keisuke Ogawa?
'Neymar Kedah' jadi sandaran utama
Sasaran Harimau Malaya ke final Piala AFF
Perak enggan sia-siakan kelebihan
Pengajaran berguna Harimau Malaya
Belum selamat kata pengendali Perak Durakovic
Kita masih ada peluang balas dendam di Likas
Masih ada 90 minit kata Jelius Ating
KAFA lancar tabung khas pasukan terus 'bernyawa' musim 2019/2020
Top 10 pemain berlari paling perlahan di EPL

KOTA KINABALU: Liga Bola Sepak KDM Malaysia (KDMM) kini kembali selepas tiga tahun kejohanan itu tidak dianjurkan.

Presiden Pertubuhan KDMM Datuk Peter Anthony berkata, kejohanan kali ini akan akan mewarnai kancah bola sepak negeri sekali lagi pada tahun depan dengan beberapa penambahbaikan dalam penganjurannya.


Menteri Pembangunan Infrastruktur. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

“Di sebalik kejayaan pada penganjuran pertama sejak 2015 termasuk melahirkan pasukan menyertai Liga Malaysia dalam kejohanan Piala FAM, ia juga memberi banyak pengajaran.

“Pihak kami sebenarnya merancang menganjurkan kejohanan ini setiap tahun tetapi terpaksa ditangguhkan apabila penyertaan pasukan KDMM dalam Liga Malaysia pada 2016 dan 2017,” katanya ketika membuat lawatan hormat ke atas Meneteri Belia dan Sukan Frankie Poon di sini hari ini.

Peter yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata kejohanan Liga Bola Sepak KDMM 2019 berkenaan adalah anjuran bersama antara Pertubuhan KDMM dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah.

Katanya, jalinan kerjasama itu tentunya akan memberi impak yang lebih berkesan terutama dalam merealisasikan objektif kejohanan tersebut.

“Antara objektif utama kejohanan ini adalah bagi memberi tambahan ruang dan peluang kepada pemain dari seluruh pelusuk negeri ini mengetengahkan bakat mereka.

“Kita tentunya meletakkan harapan tinggi agar liga ini dapat mencungkil bakat pemain tempatan yang bakal menambat perhatian skuad negeri atau kelab profesional,” jelasnya.

Tambahnya, kejohanan itu akan disertai sebanyak 25 pasukan daerah seluruh negeri serta beberapa pasukan jemputan lain.

Katanya, format pertandingan kali ini sedikit berbeza yang mana ianya dijalankan mengikut format Piala Dunia iaitu liga kumpulan pada awal saingan.

Peter berkata, akan ada juga pertandingan Piala FA melibatkan semua pasukan yang akan dijalankan secara kalah mati.

Sementara itu, jelasnya, untuk kejohanan liga sahaja, hadiah wang tunai keseluruhan yang ditawarkan adalah RM210,500.00 yang mana juara akan menerima RM100,000, kedua RM50,000, ketiga RM30,000 dan keempat RM15,000.

“Lapan pasukan yang tewas di suku akhir juga masing-masing akan menerima RM2,000.

“Turut ditawarkan adalah masing-masing RM500 untuk Pemain Terbaik Pusingan Akhir, Penjaring Terbanyak dan Penjaga Gol Terbaik serta RM2,000 untuk hadiah `Fair Play’ pusingan akhir.

“Sebelum pertandingan liga yang dijadualkan bermula Januari 2019, tirai kejohanan ini akan disingkap dengan perlawanan Piala Sumbangsih di Keningau pada Disember yang akan dirasmikan Menteri Belia Dan Sukan.

Perlawanan Piala Sumbangsih ini akan mempertemukan dua juara edisi sulung kejohanan iitu KDM Keningau selaku juara liga dan KDM Papar selaku juara Piala FA,” katanya.

Piala Sumbangsih menawarkan hadaih wang tunai RM10,000 kepada juara. Juara Piala FA pula akan menerima RM50,000 manakala naib juara RM10,000.

Dalam perkembangan lain, Peter berkata, penganjur sedang mempertimbangkan untuk tidak mengenakan yuran penyertaan namun pasukan akan diminta membayar deposit yang mana ia boleh dituntut sepenuhnya atau sebahagian selepas ditolak denda (jika ada).

“Sebagai galakan, penganjur juga telah mendapat penaja untuk membekalkan setiap pasukan dengan dua set jersi,” katanya. -SabahNewsToday
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog