Penyokong hulur sumbangan kepada pemain Sabah
Gabungan kelab penyokong pasukan Sabah memberi sumbangan kewangan kepada salah seorang pemain pasukan itu, Ummareng Bacok, yang baru kehilangan ayahnya, Sabtu lalu.Artikel Pilihan:
PESERTA LISUS DARI SABAH MENINGGAL DUNIA DIPANAH PETIR
SABAH GELISAH 3 TONGGAK CEDERA
LIGA BOLASEPAK KDM MALAYSIA KEMBALI
Masih ada tempat buat Keisuke Ogawa?
'Neymar Kedah' jadi sandaran utama
Sasaran Harimau Malaya ke final Piala AFF
Perak enggan sia-siakan kelebihan
Pengajaran berguna Harimau Malaya
Belum selamat kata pengendali Perak Durakovic
Kita masih ada peluang balas dendam di Likas
Masih ada 90 minit kata Jelius Ating
Sumbangan itu adalah salah satu usaha kelab penyokong pasukan berkenaan untuk membantu pemain yang terbeban berikutan masalah gaji yang dihadapi, lebih-lebih lagi ketika menghadapi kesusahan.
Wakil gabungan berkenaan, Newbaxter Tibin, berkata wang RM1,500 yang dikumpul hasil sumbangan penyokong pasukan itu pada mulanya untuk diberikan kepada pemain berikutan masalah gaji dihadapi mereka.
"Bagaimanapun, selepas berbincang dengan semua kelab penyokong, kami memutuskan untuk memberikan wang tunai itu kepada pemain yang sedang menghadapi kesusahan, iaitu Ummareng.
"Kami akan bertemu sendiri dengan Ummareng atau ahli keluarganya bagi menyampaikan sumbangan itu dan saya harap dengan sumbangan yang tidak seberapa ini akan mengurangkan sedikit beban keluarganya," katanya ketika ditemui selepas gabungan kelab penyokong itu mengadakan pertemuan dengan pemain serta jurulatih di Stadium Likas, hari ini. - Stadiumastro.com
0 comments:
Catat Ulasan