Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 19 Oktober 2018

PESERTA LISUS DARI SABAH MENINGGAL DUNIA DIPANAH PETIR

PESERTA LISUS DARI SABAH MENINGGAL DUNIA DIPANAH PETIR

Artikel Pilihan:
SABAH GELISAH 3 TONGGAK CEDERA
LIGA BOLASEPAK KDM MALAYSIA KEMBALI
Masih ada tempat buat Keisuke Ogawa?
'Neymar Kedah' jadi sandaran utama
Sasaran Harimau Malaya ke final Piala AFF
Perak enggan sia-siakan kelebihan
Pengajaran berguna Harimau Malaya
Belum selamat kata pengendali Perak Durakovic
Kita masih ada peluang balas dendam di Likas
Masih ada 90 minit kata Jelius Ating
KAFA lancar tabung khas pasukan terus 'bernyawa' musim 2019/2020
Top 10 pemain berlari paling perlahan di EPL


KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Seorang daripada peserta Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) bagi acara futsal yang dipanah petir pada 13 Okt lepas, meninggal dunia.

Dalam satu kenyataan, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan Faizal Alli dari Sabah telah disahkan meninggal dunia sekitar 11 pagi tadi.

“Beliau yang dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (PPUKM) sejak petang 13 Okt lepas (Sabtu), menghembuskan nafas terakhir sekitar 11.02 pagi, tadi ini.

“KBS akan mengambil tindakan selanjutnya bersama-sama keluarga bagi urusan penghantaran pulang jenazah untuk dikebumikan di Tawau, Sabah.

“KBS juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” kata kenyataan itu, di sini, hari ini.

— BERNAMA
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog