Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 19 Oktober 2018

TIKET SABAH LAWAN PERAK MULA DIJUAL ESOK

TIKET SABAH LAWAN PERAK MULA DIJUAL ESOK

Artikel Pilihan:
Harimau Malaya perlukan Nor Azam
Penyokong hulur sumbangan kepada pemain Sabah
PESERTA LISUS DARI SABAH MENINGGAL DUNIA DIPANAH PETIR
SABAH GELISAH 3 TONGGAK CEDERA
LIGA BOLASEPAK KDM MALAYSIA KEMBALI
Masih ada tempat buat Keisuke Ogawa?
'Neymar Kedah' jadi sandaran utama
Sasaran Harimau Malaya ke final Piala AFF
Perak enggan sia-siakan kelebihan
Pengajaran berguna Harimau Malaya
Belum selamat kata pengendali Perak Durakovic
Kita masih ada peluang balas dendam di Likas
Masih ada 90 minit kata Jelius Ating

Tiket bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia Sabah menentang Perak di Stadium Likas pada Ahad ini mula dijual esok (20 Oktober).

Pengerusi Jawatankuasa Pintu dan Tiket Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Shamsuddin Mohd Shah berkata, tiada perubahan harga di mana bagi kawasan tempat duduk berbumbung berharga RM20 dan tempat duduk terbuka RM10.

Katanya, sebanyak 10,000 keping tiket akan dijual pada Sabtu dan baki 12,000 lagi pada Ahad.

Tiket akan mula dijual di kaunter tiket Stadium Likas bermula jam 9.30 pagi.

Shamsuddin berharap peminat bola sepak memanfaatkan tempoh penjualan tiket itu untuk mengelakkan kesesakan di jalan raya dan kaunter.

"Sepak mula perlawanan dijadualkan pada jam 8.15 malam tetapi orang ramai dinasihat tidak membeli tiket pada saat akhir bagi mengelakkan kesesakan atau mungkin kehabisan tiket," katanya.- Sabah FA

Radu Tatap Radu
Lawan Tatap Lawan
#SangBadak
#TheRhinos
#RevolusiSAFA
#SabahRhinos
#SabahTatap
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog