Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 18 Oktober 2018

Masih ada tempat buat Keisuke Ogawa?


Masih ada tempat buat Keisuke Ogawa?

Artikel Pilihan:
'Neymar Kedah' jadi sandaran utama
Sasaran Harimau Malaya ke final Piala AFF
Perak enggan sia-siakan kelebihan
Pengajaran berguna Harimau Malaya
Belum selamat kata pengendali Perak Durakovic
Kita masih ada peluang balas dendam di Likas
Masih ada 90 minit kata Jelius Ating
KAFA lancar tabung khas pasukan terus 'bernyawa' musim 2019/2020
Top 10 pemain berlari paling perlahan di EPL

Pemain import dari Jepun, Keisuke Ogawa telah di bawa masuk dipertengahan saingan Liga Perdana menggantikan dua pemain import dari Korea Lee Gil Hoon dan Heo. Walau bagaimana pun akibat kecederaan yang serius pemain ini terbatas beraksi bersama Sabah FA. Kembali beraksi dalam penampilan sulung selepas cedera bertemu Pahang di Likas tetapi beraksi cukup mengecewakan dan dibelasah 0-5 oleh Pahang.

Ramai berpendapat level permainan pemain Jepun ini setaraf pemain tempatan. Tetapi disebabkan oleh kekangan bajet maka pasukan Sabah tidak mampu memikat pemain import yang lebih berkualiti.

Aada banyak kelemahan yang dilihat dari Ogawa. Kekurangan pace, kurang kreatif dan visi dan misi di bahagian tengah yang terbatas akibat kecederaan. Admin melihat posisi terbaik pemain ini adalah sebagai playmaker sebagai penyokong striker. Oleh itu ada dua pemain tengah yang akan menyokongnya ketika kehilangan bola kerana Ogawa bukan pemain yang boleh merampas bola, membuat bentesan seperti pemain defensif lakukan. Mungkin yang terbaik adalah menurunkan Azizan Nordin & Sabri Sahar sebagai sokongan kepada pemain ini. Di samping itu menurunkan pemain muda Ricco juga boleh dipertimbangkan oleh Jelius Ating.

Sama ada Ogawa akan beraksi kali terakhir dengan Sabah di Likas pada 21 Oktober ini bertemu Perak akan kita sama-sama nantikan. Sangat satu kerugian bagi pasukan yang memberikan kontrak dan gaji tetapi terhad dalam membantu pasukan. Biarlah ini menjadi pengajaran terbaik kepada Sabah untuk lebih bijak di musim hadapan.

Selamat berjaya Keisuke Ogawa!











Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog