Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 15 Oktober 2018

KAFA lancar tabung khas pasukan terus 'bernyawa' musim 2019/2020

KAFA lancar tabung khas pasukan terus 'bernyawa' musim 2019/2020





Presiden Kafa Bibi Ramjani Ilias Khan pada Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Kelantan pada Sabtu: Foto kredit: Kafa

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) melancarkan tabung khas bagi memastikan bola sepak negeri itu terus 'bernyawa'.

Krisis kewangan yang serius sejak beberapa tahun ini tidak mematahkan semangat pihak pengurusan Kafa untuk terus memberi fokus dalam menaikkan mutu bola sepak serta imej pasukan.

Keputusan menubuhkan tabung khas itu telah diputuskan sebulat suara pada Kongres Tahunan Kafa yang berlangsung pada Sabtu.

Artikel Pilihan:
Top 10 pemain berlari paling perlahan di EPL
Pasukan England belum setanding Sepanyol
Biraghi selamatkan Itali
KBS sahkan berita tular tiga pemain futsal dipanah petir
"Bagi tahun 2018, Kafa melakukan sedaya upaya dalam membina kembali kekuatan pasukan Kelantan untuk terus bersaing dan mengekalkan nama dalam persada bola sepak negara.

"Pada tahun ini Kafa berusaha memastikan kewangan stabil bagi memastikan perjalanan pasukan berjalan mengikut perancangan.

"Kafa tidak terlepas berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang musim ini yang membabitkan pasukan namun ia cuba diatasi dari masa ke semasa dengan hasil bantuan dan kerjasama pelbagai pihak yang sentiasa ingin melihat pasukan Kelantan terus mengorak langkahnya," jelas satu kenyataan Kafa pada Ahad.

Menurut Kafa, tabung khas ini diwujudkan seperti mana cadangan Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ).

"Ia dipersetujui semua perwakilan bagi membantu permulaan perjalanan pasukan bagi musim depan.

"Kafa mahu meneruskan agenda menaikkan mutu serta imej pasukan negeri ini yang mana tiada erti putus asa dalam kamus kami."

Kredit: mstar.com.my




Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog