Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 14 Oktober 2018

Jerman dimalukan



Jerman dimalukan


Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk mengetuai skuad Belanda membenam Jerman, 3-0 dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah awal pagi tadi, sekaligus meningkatkan tekanan kepada pengendali, Joachim Loew.



Jaringan menerusi tandukan kapten, Van Dijk meletakkan tuan rumah di depan dalam pertembungan di Amsterdam.



Ketika pertahanan Jerman dilihat agak goyang, Memphis Depay dan seorang lagi pemain Liverpool, Georginio Wijnaldum terus menghukum lawan dengan gol kedua dan ketiga untuk mengesahkan kemenangan penuh bergaya skuad Oranje di Arena Johan Cruyff Amsterdam.


Kejayaan itu adalah yang pertama buat Belanda menumbangkan Jerman dalam tempoh 16 tahun dan kekalahan itu akan meningkatkan desakan supaya Loew berundur selepas 12 tahun mengemudi pasukan.



Ia juga dianggap detik malang buat Jerman selepas disingkirkan pada pusingan awal di Piala Dunia 2018 dengan menghuni tangga tercorot kumpulan.



Kekalahan pada perlawanan ke-168 kendalian Loew itu sekali lagi menyaksikan Jerman berada di kedudukan terbawah Kumpulan 1, Liga Negara-Negara Eropah.



Dalam aksi pagi tadi, Van Dijk membuka tirai jaringan apabila menanduk masuk bola muntah hasil percubaan Ryan Babel yang terkena palang gol pada minit ke-30.



Depay kemudian membuktikan kelemahan benteng Jerman apabila meledak gol kedua pada minit ke-87, hasil gerakan menarik dengan Quincy Promes yang menyaksikan gandingan itu bijak menyusup masuk ke bahagian belakang pertahanan lawan.



Selepas itu, Depay sekali lagi mempunyai peluang keemasan meledak jaringan namun percubaannya terkena palang gol sebelum Wijnaldum mengesahkan kemenangan multak milik Belanda menerusi gol ketiga pada masa kecederaan.



Jerman akan berdepan juara dunia, Perancis di Paris pada Selasa ini dan Loew pastinya tidak akan bertahan lama jika sekali lagi tumbang.- AFP
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog