Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 20 Oktober 2018

TETAP TAGIH KUDRAT PEMAIN: JELIUS

TETAP TAGIH KUDRAT PEMAIN: JELIUS

Artikel Pilihan:
TIKET SABAH LAWAN PERAK MULA DIJUAL ESOK
Harimau Malaya perlukan Nor Azam
Penyokong hulur sumbangan kepada pemain Sabah
PESERTA LISUS DARI SABAH MENINGGAL DUNIA DIPANAH PETIR
SABAH GELISAH 3 TONGGAK CEDERA
LIGA BOLASEPAK KDM MALAYSIA KEMBALI
Masih ada tempat buat Keisuke Ogawa?
'Neymar Kedah' jadi sandaran utama
Sasaran Harimau Malaya ke final Piala AFF
Perak enggan sia-siakan kelebihan
Pengajaran berguna Harimau Malaya
Belum selamat kata pengendali Perak Durakovic
Kita masih ada peluang balas dendam di Likas
Masih ada 90 minit kata Jelius Ating

KOTA KINABALU: `Apa juga keputusan esok, kami terima namun tidak sesekali mahu menyerah kalah selagi perlawanan penentuan belum berakhir,” ujar Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating mengenai pertemuan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Perak di Stadium Likas, malam esok.

Jelius mengakui bukan mudah untuk Sabah memenangi perlawanan itu dengan defisit gol yang besar, namun nada optimis beliau masih meletakkan sepenuh kepercayaan tinggi terhadap pemainnya.

“Walau apapun kritikan, saya tetap memberikan kata-kata semangat serta dorongan kepada pemain kerana penting untuk kita memenangi perlawanan esok meskipun kita mungkin kalah daripada segi agregate.

“Apa yang penting, Sabah mahu menang untuk menebus maruah di gelanggang sendiri,” katanya kepada Sabah News Today di sini hari ini.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Perak, Ipoh pada 7 Oktober lalu, Perak membenam Sabah dengan lima gol tanpa balas sekaligus mencerahkan peluang pasukan itu ke final Piala Malaysia musim ini.

Kekalahan besar itu dilihat menyukarkan peluang buat Sabah untuk menebus kekecewaan di Stadium Likas malam esok, malah para pengkritik termasuk peminat tidak kurang juga mengatakan bahawa pintu telah tertutup buat pasukan itu.

“Kalau berdasarkan keputusan lalu memang agak mustahil, lagipun Perak pasukan yang bagus musim ini dan kami menghormati mereka,” katanya.

Menurut Jelius, Sabah mungkin terpaksa menurunkan beberapa pemain simpanan ekoran dua pemain utama iaitu ketua pasukan, Rawilson Batuil dan Mohd Azizan Nordin masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

“Rawilson dan Azizan masing-masing cedera lutut, manakala Hector Ramos baru kembali daripada menyertai skuad kebangsaan negaranya (Puerto Rico).

“Ada dua pemain yang demam tetapi kita harap mereka segera sembuh untuk diturunkan dalam perlawanan esok menentang Perak,” katanya. – SabahNewsToday
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog