Selepas 22 kalah, Gibraltar akhirnya menang
Gibraltar akhirnya meraih kemenangan sulung dalam aksi kompetitif selepas 22 kekalahan dengan menewaskan Armenia - yang menampilkan bintang Arsenal, Henrikh Mkhitaryan 1-0, dalam Liga Negara-Negara Eropah, awal pagi tadi.
Penalti pada minit ke-50 yang disempurnakan oleh kapten pasukan, Roy Chipolina memberikan Gibraltar tiga mata pada aksi di ibu negara Armenia, Yerevan itu.
Ia adalah kemenangan pasukan yang dianggap kerdil itu, sejak mereka menyertai Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengikuti kemenangan ke atas Malta (2014) dan Latvia pada Mac tahun ini.
Baca juga:
Keputusan Perlawanan Persahabatan Sabah FA
Jangan bolos awal
Dua gol debut pertama bagi semangat Sumareh
Jurulatih mahu hutang dibayar
30 PEMAIN LIVERPOOL AKAN MEWAKILI NEGARA
Apa seterusnya buat The Rhinos?
Rawilson Batuil 'digugurkan' ke Colombo
Piala AFF: Mat Yo dan Sumareh mampu bentuk gandingan berbisa
Kemunculan Sumareh ala Diva
Nor Hakim pemusnah Sabah di Ipoh
5 pemain Perak, 2 pemain Sabah dipanggil
Mengapa Sabah kena 5 gol di Ipoh?
Keputusan Perlawanan Persahabatan Sabah FA
Jangan bolos awal
Dua gol debut pertama bagi semangat Sumareh
Jurulatih mahu hutang dibayar
30 PEMAIN LIVERPOOL AKAN MEWAKILI NEGARA
Apa seterusnya buat The Rhinos?
Rawilson Batuil 'digugurkan' ke Colombo
Piala AFF: Mat Yo dan Sumareh mampu bentuk gandingan berbisa
Kemunculan Sumareh ala Diva
Nor Hakim pemusnah Sabah di Ipoh
5 pemain Perak, 2 pemain Sabah dipanggil
Mengapa Sabah kena 5 gol di Ipoh?
Kemenangan itu hadir sekali pun tercetus kontroversi sebelum perlawanan apabila tuan rumah memainkan lagu kebangsaan negara Liechtenstein dan bukannya Gibraltar.
“Persatuan Bolasepak Armenia sudah memohon maaf kepada Ketua Delegasi yang mewakili Persatuan Bolasepak Gibraltar di Yerevan atas sikap tidak berhati-hati ini dan pengumuman dibuat di Stadium Nasional bagi memohon maaf atau kesilapan itu,” tulis Persatuan Bolasepak Gibraltar dalam Twitter.
Sejak Gibraltar menyertai UEFA pada 2013, mereka mengharungi beberapa siri kekalahan besar termasuk tewas 1-8 kepada Poland, 0-7 masing-masing kepada Jerman dan Republik Ireland pada kelayakan Euro 2016.
Kekalahan terbesar mereka adalah ketika dimalukan Belgium 0-9 pada kempen kelayakan Piala Dunia pada 2017. - AFP
0 comments:
Catat Ulasan