Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 8 November 2018

Chantha Bin kekal bersama Terengganu FC


THIERRY Chantha Bin.

Chantha Bin kekal bersama Terengganu FC



KUALA TERENGGANU: Pemain kebangsaan Kemboja, Thierry Chantha Bin tidak jadi meninggalkan Terengganu FC (TFC) sebaliknya menyatakan hasrat untuk terus kekal musim depan selepas bersetuju dengan tawaran kontrak baharu.



Sebelum ini pemain berusia 27 tahun itu yang pernah beraksi bersama pasukan B-17 Perancis menerima tawaran tiga kelab Kemboja dan Thailand musim depan.



“Saya akan terus menyarung jersi TFC musim depan, tapi pada masa sama terpaksa menolak dengan baik lamaran kelab Thailand dan negara saya.



“Ini kerana saya amat gembira dan teruja beraksi semula dengan TFC, terima kasih kepada pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu kerana memberi peluang kepada saya menyertai skuad ini.



“Kepada peminat setia saya ucapkan terima kasih kerana terus menyokong saya walaupun kami gagal menghadiahkan Piala Malaysia musim ini. Saya sayangkan mereka dan begitu juga skuad negeri.



“Musim depan kami perlu bekerja lebih keras bagi meraih keputusan lebih baik berbanding musim ini selepas gagal meraih sebarang trofi,” kata Chantha Bin.



Musim ini, meskipun nama bekas kapten Kemboja yang beraksi di jentera tengah itu tidak begitu popular, namun aksinya berjaya menambat hati ketua jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim kerana dia juga mampu bertahan.



Selain Chantha Bin, pemain lain yang turut dikekalkan TFC adalah bekas penyerang kebangsaan, Ashari Samsudin, Adib Aizuddin Abdul Latiff dan pertahanan import dari Montenegro, Igor Zonjic.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog