Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 5 November 2018

Klinik Futsal: Alvin terpilih ke Barcelona

Klinik Futsal: Alvin terpilih ke Barcelona

 Alvin (kanan) bersama keluarganya sebelum bertolak ke Barcelona.
MISI KE BARCELONA: Alvin (kanan) bersama keluarganya sebelum bertolak ke Barcelona.
MUKAH: Kejayaan seorang peserta Milo Buddy Futsal Clinics 2018 Mukah, Alvin Drew, 11, terpilih ke Barcelona pasti menaikkan semangat bakal peserta klinik itu tahun depan.
Ketua jurulatih klinik itu, Abang Zairol Abang Abdul Wahab berkata pihaknya sangat berbangga dan berterima kasih ke atas penaja memberi peluang kepada semua peserta klinik di Mukah.
“Saya boleh rasa bagaimana perasaan Alvin setelah mengetahui dirinya terpilih untuk ke Barcelona,” katanya di sini semalam.
Menurut Abang Zairol, Alvin seorang berbakat dan pilihan sangat tepat mewakili Mukah menyertai misi ke Barcelona.
Beliau berkata, kedua-dua ibu bapanya juga tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan kepada Alvin ketika klinik mahupun setelah itu.
“Setelah mengikuti program di Barcelona, Alvin diharap terus menyinar di persada sukan futsal.
“Besar harapan kita bahawa Alvin berkongsi pengalamannya ketika di Barcelona bersama kita terutamanya kepada peserta-peserta klinik akan datang,” jelasnya.
Alvin bersama 23 peserta lain terpilih menjalani latihan secara profesional di Nou Camp, Barcelona setelah mengikuti klinik futsal di Mukah.
Rombongan terbabit dijadualkan berlepas pada 2 November ini dan dijangka berangkat balik ke tanah air pada 8 November.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog